Ia adalah tugas sukar untuk pasukan Sarawak dan semua orang tahu.
JDT dalam motivasi yang terbaik selepas semakin menghampiri formula terbaik untuk pasukan ini.
Prestasi semasa
Benjamin Mora sebelum ini menggariskan pasukan ini sudah mulai bermain dalam sistem yang mereka mahukan.
Prestasi Semasa kedua-dua pasukan, masing-masin menang 3 daripada 5 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
Namun Sarawak tewas 2 kali dan JDT kalah sekali dalm 5 perlawanan terakhir tersebut.
Masing-masing turut menjaringkan 9 gol dalam 5 perlawan terakhir. Namun JDT telah melakukan 4 clean sheet daripada 5 perlawanan terakhir.
Ia 400% lebih baik daripada rekod 20 perlawanan Sarawak yang hanya melakukan clean sheet ketika menentang Pulau Pinang.
Mark Hartmann dan Afiq Fazail
Lupakan dahulu tentang Safiq Rahim ataupun Gabriel Guerra, ini kerana Afiq Fazail adalah pemain yang telah menjadi kod pin kepada sistem JDT dalam 3 daripda 4 perlawanan terakhir.
Sarawak pula memiliki pemain yang memiliki kemampuan untuk meledak gol dari mana-mana jarak.
Beliau adalah Mark Hartmann. Mark Hartmann mungkin menjadi antara perkara terbaik untuk diraikan oleh penyokong Sarawak sejak sekian lama ketandusan pemain istimewa.
Afiq dan Mark Hartmann adalah ‘brain’ di dalam sistem permainan kedua-dua pasukan buat masa ini.
Rekod pertemuan
Dalam 19 perlawanan terakhir mereka, memenangi 15 daripada pertemuan tersebut. Sarawak hanya menang 2 kali dan seri 2 kali dengan lawan mereka ini.
44 gol dijaringkan JDT dan hanya 17 gol yang dijaringkan oleh Sarawak daripada tempoh tersebut.
Rekod yang nampak agak mengerikan untuk pasukan Sarawak. Dalam skop yang lebih kecil, dalam 6 perlawanan terakhir, JDT menang 5 dan Sarawak hanya mampu seri baki satu lagi pertemuan.
Sekitar 27 September 2011 sehingga 24 Oktober 2015, JDT menang 7 daripada 7 pertemuan dengan pasukan Sarawak.
Fakta Perlawanan
- JDT bangkit dari kekalahan 2-1 di tangan Perak dengan menang 3-0 dalam kedua-dua perlawanan selepas itu
- JDT hanya menang 4 daripada 10 perlawanan terakhir di tempat lawan dalam semua pertandingan
- Sarawak hanya menang 5 daripada 20 perlawanan di tempat sendiri, 2 perlawanan MSL di Kuching setakat ini kedua-duanya tewas
- 7 mata dalam Liga Super oleh Sarawak setakat ini adalah dari tempat lawan
- Sarawak gagal clean sheet dalam 19 perlawanan terakhir di Kuching
Sebelum wisel
Ini adalah perlawanan yang agak ‘tricky’ untuk JDT. Sarawak musim ini bermain tanpa tekanan yang tinggi.
JDT pastinya sudah waspada akan ancaman pasukan Sarawak yang jauh lebih baik musim ini berbanding dengan musim lalu.
Namun para pemain Sarawak perlu ada mentaliti kemenangan dalam diri mereka untuk melakukan kejutan di dalam perlawanan ini.
JDT harus memenangi perlawanan ini untuk terus mengejar pasukan teratas liga.
Manakala Sarawak bersedia untuk menghadirkan satu lagi kejutan untuk mengejar slot Piala Malaysia musim ini.
Selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan.
Baca juga: Isu Cukai; Jika Barcelona Ke Final UCL, Messi Dan Neymar Tidak Boleh Bermain