Sarawak FA Rehatkan Mohamad Farhan, David Usop Selepas Dibelasah UKM 4-0

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengambil langkah drastik dengan merehatkan Ketua Jurulatih, Mohamad Farhan Bin Abdullah dan Penolong Ketua Jurulatih, David Usop setelah pasukan dari Borneo itu dibelasah 4-0 oleh UKM FC di saingan Liga Premier semalam.

Status Mohamad Farhan dan David Usop disahkan sendiri oleh Presiden FAS, Dato Posa Bin Haji Majais melalui satu kenyataan media sejurus selepas tamat perlawanan.

Sarawak menduduki tangga ke-10 Liga Premier selepas lima perlawanan yang diadakan setakat ini. Satu-satunya kemenangan yang dicatatkan Sarawak ialah ketika menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Kuching pada 9 Februari lalu.

Ketua Jurulatih Sarawak, Mohamad Farhan Abdullah

Perlawanan-perlawanan lain, berakhir dengan kekalahan -termasuk tewas perlawanan derbi Borneo dengan Sabah yang mengundang kritikan daripada penyokong.

“Persatuan Bola Speak Negeri Sarawak (FAS) menerusi Presiden, Dato Posa Bin Haji Majais mengumumkan untuk merehatkan khidmat Ketua Jurulatih, Mohamad Farhan Bin Abdullah dan Penolong Ketua Jurulatih, David Usop buat sementara waktu.

“Keputusan dibuat ekoran prestasi merudum skuad Liga Premier Sarawak FA ketika ini di bawah kendalian Mohd Farhan dan David Usop,” ujar kenyataan tersebut.

David Usop.

Melalui kenyataan media yang sama, FAS turut mengesahkan kedua-dua jurulatih tersebut telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut sebelum ianya diumumkan.

FAS turut berkata pengganti Mohamad Farhan dan David akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN