Sarawak FA & Kuching FA Bergandingan Bahu Demi Bola Sepak Negeri

Dua entiti bola sepak negeri Sarawak yang memiliki pasukan bersaing di kancah Liga Malaysia bersetuju menjalinkan kerjasama dalam usaha memartabatkan bola sepak di negeri itu.

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuching (KDFA) masing-masing mempunyai wakil di saingan Liga Premier pada musim akan datang, iaitu Sarawak United dan Kuching FA.

Bagi Sarawak FA, Dauk Posa Majais, kerjasama itu dilihat penting kerana kedua-dua persatuan akan membawa nama Sarawak di kancah saingan bola sepak negara.

Antara kerjasama yang boleh dijalin kedua-dua persatuan itu ialah seperti perkongsian kepakaran yang boleh memberi nilai tambah kepada pasukan yang bertanding.

“Hari ini [semalam] hari bersejarah untuk FAS dan Kuching, ‘bapa dan anak’ duduk semeja berbincang mengenai apa yang terlepas pandang,” kata Posa kepada Utusan Borneo.

“Justeru, saya menyeru semua penyokong memberikan sokongan padu kepada kedua-dua pasukan.

“Sukan boleh menyatukan masyarakat kita tanpa mengira bangsa,” katanya selepas perjumpaan tertutup bersama Exco FAS dan KDFA di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Presiden KDFA Fazzrudin Abdul Rahman turut menyambut baik kerjasama itu.

Beliau menyifatkan kerjsama sebegitu sememangnya sambil perlu dilakukan dan penting untuk meningkatkan mutu bola sepak kedua-dua pasukan dan juga Sarawak secara amnya.

Kerjasama sedemikian turut diharap mampu menyatukan penyokong kedua-kedua pasukan yang membawa jenama Sarawak pada saingan Liga Malaysia yang akan bermula pada penghujung bulan ini.

“Memandangkan kita merupakan ahli gabungan FAS, justeru wajar bagi KDFA memaklumkan kepada Datuk Posa perkembangan terkini dan beliau mencadangkan beberapa kerjasama boleh dilakukan antara FAS, Sarawak United dan Kuching FA,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN