Kelantan dan Sarawak berentap di Kota Bharu dalam cuaca hujan lebat. Kelantan menurunkan Celin di dalam kesebelasan utama mereka. Abou Bakr juga turut diturunkan.
Selain itu, ini juga perlawanan pertama pengurus baru Kelantan Alfredo Gonzales menngendalikan TRW.
David Usup menurunkan 2 pemain import baharu pasukan beliau, Sahil Suhaimi dan Milos Rajkovic yang sebelum ini sudah beraksi dalam satu perlawanan menentang Perak.
Perlawanan ditangguhkan kira-kira 40 minit kerana hujan lebat.
Separuh masa pertama
Kedua-dua pasukan bermain dengan tempo yang agak seimbang dalam keadaan padang yang sukar. Pada minit ke-11, Mateo Roskam hampir menewaskan Khairul Fahmi. Namun penjaga gol berpengalaman itu berjaya menepis dengan baik sekali.
Tidak sampai seminit, Khairul Fahmi menjadi penghalang Sarawak sekali lagi apabila cubaan jarak dekat Sahil Suhaimi diselamatkan beliau.
Pada minit ke 17, Abou Bakr menguji penjaga gol Sarawak menerusi cubaan deras dari luar kotak penalti. Pada minit ke-21, Demerson meletakkan Sarawak di hadapan. Ianya hasil sepakan percuma menarik Tommy Mawat.
Kelantan cuba mencari gol penyamaan dengan beberapa cubaan. Namun cubaan bahaya Abang Kamaruddin pada minit ke-33 terkena palang hampir menambah gol pasukan Sarawak.
Pada minit ke-36, Roskam menjaringkan gol kedua menerusi satu lob menarik menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Selang 2 minit, Milos Rajkovic hampir menambah gol lagi untuk Sarawak. Pertahanan Kelantan dalam keadaan agak tidak terurus.
Separuh masa kedua
Sarawak terus menyerbu ke kubu pasukan Kelantan namun gagal menyempurnakannya. Sepakan percuma deras Sahil Suhaimi ditepis oleh Khairul Fahmi pada minit ke-52.
Hairol Mokhtar gagal menyempurnakan bola di depan gol hasil sepakan penjuru.
Pada minit ke-63, Nik Azli Nik Alias masuk menggantikan Abou Bakr yang gagal memberikan impak di dalam perlawanan ini.
Sarawak kekal kompak dan berdisiplin ketika bertahan. Kelantan banyak melakukan cubaan dari jarak jauh dan gagal untuk memecah masuk ke dalam kotak penalti.
Kelantan memiliki peluang untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-77. Namun sepakan percuma Indra Putra liar.
Pada minit ke-78, Nor Farhan masuk menggantikan Rozaimi.
Roskam menghantar bola cantik kepada Sahil, namun gagal disudahkan beliau di hadapan pintu gol. Satu idea yang menarik. Minit ke-82, tandukan Indra berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Sarawak.
Minit ke-86 Celin hampir menjaringkan gol tetapi tandukan dari jarak dekat beliau sedikit tersasar.
Minit akhir Sarawak berjaya melancarkan serangan balas namun Tommy Mawat memilih untuk melakukan cubaan pada kedudukan Roskam berada benar-benar di hadapan gol.
Tamat perlawanan, Sarawak menang 0-2. Satu kemenangan penting untuk Sarawak, dalam usaha mereka untuk keluar dari zon penyingkiran.
Kesebelasan utama
Kredit foto: TRWFC