Sarat Dengan Kejutan, Piala Dunia 2022 Dianggap Sebagai Terbaik Dalam Sejarah

Piala Dunia 2022

Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar baharu saja melabuhkan tirai dan kita sudah mengetahui siapa menjadi juara untuk edisi kali ini.

Tahniah Argentina akhirnya berjaya jua memenangi Piala Dunia selepas kali terakhir memenangi pada tahun 1986.

Dalam edisi di Qatar, kita boleh melihat beberapa kejutan demi kejutan dan keputusan yang mengejutkan ramai peminat di dunia terutama dari pasukan bukan pilihan.

Kebangkitan Pasukan Asia

Jepun dan Korea Selatan diletakkan di dalam kumpulan yang sukar dan dilihat secara kasar agar mustahil untuk melepasi peringkat kumpulan. Itu kata peminat bola sepak.

Bagi pemain dari negara tersebut, mereka membuktikan sebaliknya pula apabila memberi saingan yang sangat luar biasa dan berjaya melangkah ke pusingan kedua.

Jepun berjaya ketepikan juara Piala Dunia edisi 2014 dan hampir mengejutkan Croatia untuk ke suku akhir namun mereka terpaksa akur apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Korea Selatan pula berjaya melakukan misi mustahil selepas mengalahkan Portugal di perlawanan terakhir peringkat kumpulan H sekali gus mara ke pusingan seterusnya.

Prestasi dua pasukan ini sangat memberi inspirasi dan mengajar jangan sesekali mengalah sebelum berlawan.

Harimau Malaya boleh mengambil contoh semangat juang dari pasukan ini biarpun Malaysia tiada pemain terbaik dalam kejohanan Piala AFF 2022.

Kejutan negara Islam

Ramai peminat mesti setuju jika edisi kali ini adalah antara yang terbaik untuk bola sepak dari negara Islam.

Di peringkat kumpulan, beberapa keputusan yang mengejutkan dunia Eropah seperti Arab Saudi menewaskan Argentina, Iran menundukkan Wales dan mereka hampir melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terakhir namun rezeki tidak memihak kepada pasukan ini.

Kejayaan Arab Saudi mengalahkan juara Piala Dunia 2022 telah menjadi tumpuan dunia.

Paling mencuri tumpuan adalah Maghribi apabila muncul johan kumpulan F dan layak sehingga ke separuh akhir.

Tidak diletakkan sebarang harapan dan tiada siapa pandang pasukan ini namun sedikit demi sedikit peminat mula meminati dan mengikuti perlawanan mereka.

Mereka berjaya mengejutkan jaguh Eropah seperti Belgium, Sepanyol dan Portugal. Tiada siapa sangka pasukan terkuat ini akan dibaham oleh negara Islam.

Sumpahan juara Piala Dunia

Jika sebelum ini siapa sahaja muncul juara Piala Dunia, pasukan tersebut pasti akan terkandas di peringkat kumpulan atau suku akhir untuk edisi seterusnya.

Namun skuad kendalian Didier Deschamps seperti berjaya menghapuskan badi tersebut dan mara terus ke perlawanan akhir untuk dua edisi berturut-turut.

Adakah sumpahan juara Piala Dunia sudah terhapus? Atau kerana bermain di bumi Qatar sebuah negara Islam menyebabkan sumpahan itu tidak menjadi?

Hatrik di pentas akhir

Meskipun tewas di perlawanan akhir, Kylian Mbappe masih boleh bangga dengan rekod peribadi yang berjaya dicipta oleh dirinya.

Mbappe berjaya menjadi individu pertama melakukan hatrik di dalam perlawanan akhir ini selepas kali terakhir legenda England, Geoff Hurst melakukannya pada 1966.

56 tahun rekod itu bertahan namun bumi Qatar menjadi saksi bintang muda dari Perancis ini meleburkan rekod tersebut.

Bukan itu saja, pemain berusia 23 tahun itu menjadi individu kedua berjaya meledak jaringan di dalam dua perlawanan akhir berturut-turut selepas individu pertama dari Brazil, Vava melakukannya pada 1958 dan 1962.

Jika rekod Hurst mampu bertahan lebih lima dekad sebelum Mbappe mengulanginya, berapa lama pula masa diperlukan untuk individu ketiga melakukannya?

Piala Dunia terbaik dalam sejarah

Piala Dunia 2022 di Qatar berjaya memahat pelbagai rekod baharu dalam dunia bola sepak dan akan menjadi rujukan antara edisi paling epik sepanjang kejohanan ini diadakan.

Untuk mengulangi rekod yang telah dicipta tiada yang mustahil namun ia bukan tugas mudah.

Rekod penjaring terbanyak sepanjang menyertai Piala Dunia di pegang oleh bekas pemain Jerman, Miroslav Klose dengan 16 gol.

Mbappe ketika ini sudah ada 12 gol, hanya memerlukan empat lagi gol dan dengan usia masih muda, beliau mempunyai peluang terbesar untuk melakar satu lagi sejarah dalam hidupnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN