Makanan merupakan aspek penting untuk mengembara ke satu tempat ke tempat yang lain. Tanpa makanan, agak sukar untuk melancarkan satu pengembaraan yang menyeronokkan.
Peristiwa ini berlaku pada Sabtu lepas di mana sekumpulan penyokong Bristol Rovers diberikan sarapan sebelum bertolak ke Bradford. Mereka bertandang Valley Parade untuk menonton perlawanan EFL League One antara Bradford City menentang Bristol Rovers.
Perjalanan Bristol ke Bradford memakan lebih 300 kilometer. Maka, penyokong Bristol Rovers bertolak seawal jam 6 pagi untuk ke sana. Penyokong Rovers diberikan breakfast baguette dan minuman.
Komited
Penaja sarapan tersebut menyifatkan bahawa mereka amat memahami situasi penyokong Rovers yang komited. Sebenarnya, Bristol antara kawasan yang agak hujung kedudukannya di England serta memakan perjalanan jauh untuk ke stadium lawan.
Perkara biasa jika ada penyokong datang awal pagi untuk perlawanan tempat lawan. Tidak semestinya sewaktu perlawanan akhir sahaja.
Pengurus Rovers, Darrell Clarke menganggap usaha ini sebagai terbaik dan bijaksana. Namun begitu, Bradford City menewaskan Bristol City dengan 3 gol berbalas 1.
Walaupun perit, tetapi hati penyokong Rovers gembira, kerana kesetiaan mereka diraikan dengan sarapan percuma!