“Sapa Legenda JDT Tu?” – Rita Rudaini

Pelakon popular negara iaitu Rita Rudaini tampil berang di media sosial, apabila nama anak beliau secara tiba-tiba kembali dikaitkan bersama bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan Abd Razak.

Terdahulu, sebuah portal tempatan memuat naik kenyataan mengenai anak pelakon kelahiran Perlis itu yang gagal melayakkan diri ke pusingan kelayakan dalam acara 100 meter kategori L4 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024 pada Isnin lalu.

Walaupun menyatakan tentang status semasa anak Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dalam sukan tersebut, portal itu turut meletakkan status beliau sebagai anak bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan.

“Anak legenda pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan itu tidak berhasil mara ke pusingan akhir acara pecut di kejohanan berkenaan apabila mencatat masa 11.81s dan menamatkan di pusingan kesembilan daripada 25 peserta.

“Airit Rayyan yang bermula agak lambat memberi 100 peratus pada lariannya untuk mendapat lapan terbaik namun tidak berhasil mengejar catatan masa dari pesaing terdekatnya dari kontinjen Kuala Langat,” jelas portal tersebut.

Kenyataan itu jelas menimbulkan kemarahan aktres tersebut apabila Rita mempersoalkan artikel tersebut yang dikatakan telah melibatkan sekali bekas suaminya itu.

“Aku penat bela dr kecik..tiba2 tajuk ‘anak
lagenda jdt’ Kepala atok hangg! Saja nak viral cara jahat…

“Sapa ‘legenda JDT’ tu???? Apa kaitan dgn anak yg aku jaga??? Tajuk bodoh! Lagenda??Celah mana???,” persoal Rita di Instagram peribadi beliau.

Untuk rekod, aktres kelahiran Perlis itu dan Aidil yang juga merupakan bintang bola sepak kebangsaan, berkahwin pada 2008, namun, bercerai talak satu pada September 2013.

Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Aidil yang beraksi cemerlang selama beberapa tahun buat Johor Darul Ta’zim (JDT) sah bersara pada tahun lalu dalam dunia bola sepak profesional bersama rekod cukup cemerlang.

Sepanjang bersama JDT sejak 2013, Aidil telah meraih pelbagai kejuaraan domestik selain menjadi antara watak penting suatu ketika buat skuad Harimau Malaya.

Keadaan kini menyakssjnan Aidil memulakan karier baharu dalam dunia kejurulatihan bersama kelab tersebut dalam usaha untuk terus memajukan nama JDT di pentas domestik serta antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN