Sanusi Tanya TMJ, “Pendrive Lama Hang Letak Mana?”

Sebentar tadi Presiden Kelab Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Sanusi Md Nor telah mengeluarkan satu kenyataan balas di Facebook beliau kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai hal penghijrahan dua bekas pemain legenda Kedah pada musim ini.

Menurut Sanusi, penghijrahan dua pemain itu suatu lumrah dalam dunia bola sepak apabila Sabah mampu untuk menawarkan gaji yang lebih baik buat Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali.

Sanusi juga menyatakan ada impak positif daripada penghijrahan dua bekas pemain tersebut apabila jumlah gaji mereka berdua sebelum itu berjaya digunakan untuk membayar gaji kepada lima pemain baharu yang agak bagus musim ini.

“Dua pemain yang dikatakan legenda yang telah berhijrah ke Sabah itu memang bagus permainan mereka, tetapi gaji mereka berdua boleh digunakan untuk membayar 5 orang pemain baru yang tidak kurang hebatnya.

“Dalam keadaan pasukan yang baru saja berhempas pulas menyelesaikan hutang piutang lama berjumlah lebih [RM]20 juta, faktor gaji pemain dan pembiayaan pasukan bola tentulah menjadi perhatian utama pada musim baru,” jelas Sanusi di laman Facebook beliau.

Selain itu, Sanusi turut menyatakan punca pasukan yang kaya raya meletakkan tangga gaji mahal menyebabkan banyak pasukan lain bermasalah untuk menghadapinya setiap musim.

Jelas beliau, perkara tersebut dilihat telah meruntuhkan industri bola sepak tempatan sambil mengaitkan Perak sebagai contoh pasukan yang menghadapi masalah.

“Setting gaji super elit itu menyebabkan banyak pasukan yang bersaing menghadapi masalah kewangan yang turut mengheret kerajaan negeri masing-masing dalam kancah kemelut gaji pemain bola sepak.

“Boleh lihat apa yang sedang terjadi dengan pasukan Seladang, yang berjiran dengan Kedah.

“Banyak lagi pasukan lain juga sedang bergelut dengan isu kewangan. Hal inilah yang meruntuhkan industri bolasepak tetapi disangkakan satu sumbangan besar. Alangkah peliknya,” jelas Sanusi.

Dalam masa sama, Sanusi turut mempersoalkan hal pendrive atau pemacu pena yang berkemungkinan besar mengenai isu pada tahun 2016 lalu.

Ketika itu, TMJ mendakwa ada ketirisan berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan baginda turut menyatakan segala bukti kesalahan tersebut wujud di dalam pendrive yang diperoleh menerusi orang-orang atasan yang rapat bersama pemilik Johor Darul Ta’zim itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN