Santokh Singh Mahu Harimau Malaya Kembali Guna Khidmat Jurulatih Tempatan

Legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh meluahkan kekecewaan beliau terhadap prestasi buruk Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 dan mahu pengendalinya, Nelo Vingada melepaskan jawatan itu sebagai tanda maaf kepada seluruh peminat bola sepak tempatan.

Santokh yang pernah berjuang pada kelayakan Sukan Olimpik 1980 hingga berjaya menempah slot ke Moscow bercakap kepada harian metro, sesuatu yang mengejutkan apabila Vingada masih diberi peluang membimbing pasukan negara meskipun gagal meraih kemenangan sejak enam bulan lalu.

“FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sekarang makin pelik. Saya rasa kita satu-satunya pasukan di dunia yang masih simpan jurulatih biarpun kalah dalam tujuh perlawanan. Kalau negara lain dah lama tukar,” katanya.

“Mungkin sebab beliau jurulatih luar, cuba kalau jurulatih tempatan saya rasa dah lama FAM pecat.

“Apa yang tak bagusnya jurulatih kita sendiri? Saya dari awal lagi tak setuju kita guna jurulatih luar kerana mereka memerlukan masa yang lama untuk memahami bola sepak kita.

“Dalam perlawanan antarabangsa, kita tak boleh ada istilah cuba-cuba kerana setiap kekalahan akan memberi tekanan kepada imej pasukan Malaysia, ranking dan juga penyokong yang amat menyayangi pasukan negara,” katanya.

Kesebelasan utama Malaysia ketika menentang Korea Utara

Perjuangan skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 berkubur selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Korea Utara dengan keputusan sama 1-4 di Buriram, Thailand malam tadi.

Ia juga kekalahan keempat daripada lima aksi Kumpulan B yang menyaksikan anak buah Vingada tumbang 1-2 di tangan Lubnan serta tewas 0-2 kepada Hong Kong selain seri 1-1 dengan lawan sama untuk mengumpul satu mata sekali gus berada di tangga tercorot.

Kedudukan terkini kelayakan Piala Asia dalam kumpulan B

Malah skuad Harimau Malaya turut mencatat dua kekalahan dalam aksi persahabatan yang diatur Ogos lalu yang turut mencalar reputasi negara terutamanya apabila dimalukan Myanmar 0-1 yang hanya membariskan skuad kedua selain turut tewas 1-2 kepada Syria.

“Bila kita bekas pemain bercakap atau bersuara mereka (FAM) takkan dengar, malah ada pula suara lain yang suruh kita duduk muzium.

“Bagi saya, kita tak boleh guna jurulatih luar untuk melatih senior sekarang kerana mereka sudah capai tahap maksimum yang sukar untuk pergi lebih jauh. Sebaiknya guna saja jurulatih tempatan yang lebih memahami realiti bola sepak di Malaysia.

“Ini pasukan kebangsaan bukannya kelab yang boleh mengharapkan pemain import. Rombak segera pasukan ini dan beri fokus sepenuhnya kepada pasukan pelapis dengan menggunakan jurulatih kita dan bagi bantuan sepenuhnya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN