Kisah Santiago Bernabeu Akan Ke Layar Perak November Ini

Pada 10 November depan sebuah dokumentari berjudul ‘Bernabeu’ akan ditayangkan ke layar perak, mengisahkan kehidupan bekas presiden juga legenda kepada gergasi bola Sepanyol, Real Madrid.

Filem berbentuk dokumentari berkenaan mengisahkan perjalanan Santiago Bernabeu sebagai seorang pemain dan kapten pasukan, sebelum dilantik sebagai presiden kelab berpengkalan di Madrid itu.

(Photo by Gianni Ferrari/Cover/Getty Images)

Bernabeu mengabdikan seluruh karier dan kehidupannya kepada Los Blancos.

Santiago Bernabeu akan menjadi projek pertama penerbit terkenal, Ignacio Salazar-Simpson sebagai seorang pengarah.

Sebelum ini, Salazar-Simpson turut terlibat di dalam pembikinan beberapa projek filem seperti ‘Eight Catalan Surnames,’ ‘There will be no peace for the Evil’ dan ‘The Other Side of The Bed,’ namun bertindak sebagai seorang penerbit dalam projek-projek tersebut.

Dokumentari yang akan ditampilkan oleh Salazar-Simpson pada kali ini akan menampilkan sumbangan Bernabeu kepada sejarah Real Madrid sebagai antara sebuah kelab bola sepak paling berjaya di dunia.

The president of Real Madrid Santiago Bernabeu and the coach Miguel Munoz in the stadium ‘Santiago Bernabeu’, 1973, Madrid, Castilla La Mancha, Spain.(Photo by Gianni Ferari/Cover/Getty Images).

Filem tersebut turut akan mengimbau pekerjaan Bernabeu ketika menjawat jawatan sebagai presiden Real Madrid- jawatan yang disandang oleh Santiago Bernabeu selama 35 tahun.

Antara perkara yang menarik perhatian di dalam filem ‘Bernabeu’ yang akan menemui penonton beberapa hari lagi ialah mengenai pembinaan Stadium Chamartin yang baharu.

Stadium Chamartin tersebut ialah Estadio Santiago Bernabeu yang merupakan gelanggang kepada kelab Real Madrid pada hari ini.

(Photo by Denis Doyle/Getty Images)

‘Bernabeu’ turut akan mengisahkan kelahiran semula Piala Eropah dan turut menampilkan bagaimana skuad legenda Real Madrid mendominasi 5 edisi pertama pertandingan benua eropah berkenaan.

Ketika Santiago Bernabeu adalah presiden Real Madrid di antara 1943 sehingga 1978, Los Blancos memenangi 16 kejuaraan liga, 6 gelaran Piala Eropah, dan juga 6 gelaran Supercopa de Espana.

Football, Circa, 1970’s, Spain, The Trophy room at Real Madrid’s Bernabeu Stadium showing an abundance of Trophies, Medals and Cups (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Bakti Bernabeu tidak terhad hanya kepada bola sepak. Beliau turut membantu pasukan bola keranjang Madrid untuk berkembang sehingga berjaya merangkul 19 kejuaraan kebangsaan Sepanyol dan 6 kejuaraan di peringkat eropah.

Ketika menjawat jawatan presiden, sebuah perkampungan sukan (Sports City)turut dibina. Perkampungan sukan tersebut telah menjadi asas kepada akademi bola sepak kelab berkenaan, La Fábrica pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN