Pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla sah dilepaskan oleh kelabnya akibat kecederaan dan kontraknya ditamatkan, kata jurucakap kelab itu.
Pemain berusia 33 tahun itu yang sudah enam musim bersama Gunners tidak beraksi sejak Oktober 2016 dan menjalani beberapa siri pembedahan membabitkan buku lali kanan. Dia juga hampir kehilangan kaki akibat gangrene.
“Saya sedih meninggalkan kelab selepas beberapa tahun di sini. Saya sayangkan kelab ini dan sudah pasti merindui detik manis kami bersama,” kata Cazorla dalam laman web kelab.
Hola Arsenal fans.I am sad to be leaving after so many great times. I have loved my time with the club and will always remember the special moments we had together.YouHave always given me special support and I will miss you.Thank you everyone https://t.co/ftOWeAM3mN
— Santi Cazorla (@19SCazorla) May 21, 2018
Cazorla melakukan 180 penampilan untuk Arsenal dan menjaringkan 29 gol selepas menyertai kelab itu dari Malaga di Sepanyol pada 2012. Dia membantu kelab menjuarai dua Piala FA pada 2014 dengan menjaringkan gol dan menjadi pemain terbaik perlawanan pada 2015.
Pemain prolifik itu menjalani latihan penuh musim lepas tetapi gagal mendapatkan kontrak baru waulupun sudah pulih kecederaan.
“Santi adalah pemain kegemaran saya untuk ditonton. Kebolehan semula jadinya adalah pada kedua-dua kakinya. Dia memiliki kepantasan pergerakan sekali gus menyumbang kepada prestasi terbaik kami beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis dalam satu kenyataan.
https://twitter.com/FourFourTweet/status/998629550501318656
“Kami berharap dia berjaya dalam masa depannya dan jutaan terima kasih di atas sumbangannya bersama kelab ini.”
Arsenal menamatkan kedudukan di tempat keenam dalam liga sekali gus memaksa pengurus Arsene Wenger meninggalkan kelab selepas 22 tahun mengendalikan Gunners.