Santi Cazorla Kembali Sertai Kelab Lama Villareal Selepas Tinggalkan Arsenal

Ikut kata peribahasa Melayu, seperti sirih pulang ke gagang.

Bekas pemain Arsenal, Santi Cazorla kini telah meninggalkan kelab tersebut untuk kembali menyertai kelab lamanya iaitu Villareal.

Kepulangan Cazorla ke kelab lamanya itu amat dialu-alukan kelab tersebut dan dinantikan oleh peminat kelab tersebut kerana beliau merupakan salah seorang produk akademi Villareal satu masa dahulu.

Dalam pengumuman yang dilakukan kelab La Liga itu, Villareal telah mengesahkan yang kepulangan Cazorla ke kelab tersebut adalah seawal sesi pra-musim mereka.

Cazorla akan menjalani rawatan pemulihan kecederaan yang diterima di kaki kanan beliau sebelum kembali cergas dan bersedia untuk beraksi bersama pasukan beliau.

“Santi Cazorla kini kembali ke pangkuan.”

“Pemain Asturian ini akan mengambil bahagian dalam persiapan pra-musim bersama pasukan utama Villareal pada 9 Julai 2018 dengan objektif memulihkan kecederaan di kaki kanannya, yang beliau peroleh pada 28 November yang lalu.”

Cazorla hanya bermain untuk 3 kelab sahaja sepanjang karier beliau iaitu Villareal diikuti dengan Malaga dan kemudiannya Arsenal.

Beliau dikenali sebagai pemain yang cukup mantap menggunakan kedua-dua kaki dan cukup berupaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.

 

Pemergian beliau jelas dirasai oleh penyokong Arsenal kerana reputasi beliau sebagai antara pemain yang cukup disenangi oleh para penyokong kelab tersebut.

Beliau jelas tidak ada dalam perancangan pengurus baharu, Unai Emery dalam episod baharu pasca era Arsene Wenger.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN