Santi Cazorla Bakal Perkuatkan Skuad Bimbingan Xavi?

Santi Cazorla

Pemain tengah berpengalaman Villareal, Santi Cazorla dikatakan semakin hampir untuk ‘terbang’ ke Qatar bagi memperkuatkan skuad Al Sadd yang dibimbing legenda bola sepak Sepanyol, Xavi Hernandez.

Perkembangan terbaharu mengenai spekulasi melibatkan pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan oleh laman Twitter Qatar Football Live yang mengatakan Al Sadd semakin hampir untuk membawa masuk Cazorla ke kelab tersebut secara percuma.

Qatar Football Live turut mendedahkan pegawai media Al Sadd, Ahmed Al Ansari telah mengesahkan juara Qatar Stars League 2018/19 itu sedang berunding dengan Cazorla untuk membawanya ke Jassim Bin Hamad Stadium.

Bulan lalu, Cazorla telah memberikan sedikit bayangan mengenai masa depan kariernya sama ada terus kekal di Villareal atau sebaliknya.

‘”Saya telah membuat keputusan mengenai masa depan saya tetapi pada masa ini bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap mengenainya. Masa depan saya bergantung kepada diri saya sendiri.”

”Adakah saya akan bermain dengan kelab lain selepas Villareal? Terdapat banyak kemungkinan terhadap apa yang akan saya lakukan.”

”Saya akan membuat keputusan dan mengesahkan mengenainya tetapi kini saya mahu untuk fokus dalam saingan liga di mana masih ada baki 11 perlawanan [sebelum liga kembali bersambung] lagi,” ujar Cazorla bercakap kepada program radio, El Laguero.

Cazorla yang berhijrah ke Villareal selepas meninggalkan Arsenal telah membuat 67 penampilan dan berjaya mencipta 19 bantuan jaringan serta 14 gol dalam saingan La Liga 2018/19 dan 2019/20.

Aksi cemerlang bersama Villareal turut memberikan peluang buatnya untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan Sepanyol selepas menyepi selama empat tahun dari aksi antarabangsa.

Lebih menarik Cazorla berjaya menjaringka gol ketika La Rojas menumpaskan Malta dalam kempen Kelayakan Euro 2020 pada 15 November 2019.

Selain terkenal dengan kehebatannya mengemudi jentera tengah pasukan yang diwakili, Cazorla turut mencuri tumpuan apabila beliau kembali bangkit selepas dua tahun tidak beraksi susulan jangkitan yang dihadapi di bahagian tumitnya.

Kredit featured image: Angel Martinez/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Santi Cazorla:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN