Walaupun sudah tidak lagi bersama-sama dengan Arsenal, tetapi Santi Cazorla cukup menghargai sokongan yang diberikan oleh penyokong mereka sepanjang tempoh bersama di kelab itu.
Cazorla mengalami tempoh sukar ketika di Arsenal apabila dihimpit kecederaan yang hampir meranapkan karier profesional beliau.
Menurut laman Evening Standard, beliau tidak dapat membandingkan sokongan yang diberikan oleh Arsenal kepada dirinya dengan apa-apa pun.
“Arsenal adalah pasukan yang sentiasa menyokong saya dan mereka memberikan kasih sayang yang cukup banyak. Nilai yang mereka berikan itu tidak mampu untuk dibandingkan.”
Cazorla juga memuji penyokong Arsenal yang sentiasa memberikan sokongan kepada dirinya.
“Bola sepak membawa kita ke pelbagai arah, jadi apabila kita tidak bermain baik dan berasa teruk, tetapi penyokong akan ada bersama-sama.”
Cazorla merupakan watak yang amat disenangi oleh penyokong Arsenal kerana kredibiliti dimiliki beliau sebagai pemain tengah.
Dikala penyokong Arsenal sedang mengecam Unai Emery kerana prestasi tidak menentu dan Granit Xhaka kerana kelakuannya di atas padang, kisah Cazorla ini menjelaskan yang penyokong The Gunners sebenarnya kisah akan kelab mereka.