Aksi saingan Liga Super diteruskan minggu ini dengan salah satu perlawanan dilihat mencuri tumpuan, apabila aksi aksi ‘derbi utara’ membabitkan Kedah Darul Aman (KDA) dan Penang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman malam ini.
Menerusi rekod pertemuan awal mereka musim ini pada pusingan pertama Liga Super, KDA berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Penang di Stadium Bandaraya, hasil dua jaringan Ronald Ngah Wanja.
Sesi latihan terakhir sebelum aksi dinantikan Northern Derby esok. Ayuh penyokong hijaukuning, penuhkan Stadium Darul Aman!
⚔ N O R T H E R N D E R B Y ⚔
🏆 Liga Super 2022
🆚 Penang FC
📆 2 September 2022, Jumaat
🕖 9.00 pm
🏟️ Stadium Darul Aman pic.twitter.com/TkPBLGOeWx— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 1, 2022
Penang pula ketika itu memperoleh gol tunggal hasil jaringan penyerang import mereka, Hilal El-Helwe pada awal perlawanan sebelum aksi kebangkitan dipamerkan KDA.
Aksi malam esok semestinya dinanti-nantikan kedua penyokong pasukan tersebut kerana sejarah pertemuan kedua kelab ini mempunyai pelbagai cerita sejak sekian lama dalam arena bola sepak tempatan.
Antara pemain tumpuan pada perlawanan malam esok ialah pemain tengah KDA iaitu Sanrawat Detchmitr yang berasal dari Thailand.
Pemain ini mula ditandatangani KDA selaku status pemain pinjaman pada jendela perpindahan kedua lalu dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk meninggalkan impak buat pasukan.
Sanrawat yang beraksi di posisi tengah dilihat berjaya menyelesaikan masalah KDA yang hilang sumber kreativiti di bahagian tersebut sebelum ini, biarpun mereka sebelum itu menggunakan khidmat Dechi Marcel.
WELCOME SANRAWAT 'CAMP' DECHMITR TO SANG KENARI NEST!
Sanrawat akan memakai jersi bernombor 39 musim ini bersama pasukan KDA FC!
Let's go!#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #newblood #sanrawatdechmitr @camp_dechmitr29 pic.twitter.com/szBXpyP1Jo
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 10, 2022
Berbanding Marcel, bekas pemain kebangsaan Thailand ini memiliki ketenangan yang lebih baik dan bijak mengawal tempo permainan selain kreatif menjana serangan.
Pengalaman yang ada pada Sanrawat ketika ini digunakan dengan baik oleh Aidil Sharin Sahak selaku pengendali KDA untuk mengukuhkan kembali jentera tengah pasukan.
Ronald Ngah Wanja
Penyerang utama KDA tersebut berjaya menghasilkan dua jaringan pada aksi lalu ketika menentang Penang dan tumpuan sekali lagi bakal terarah kepada beliau untuk aksi malam ini.
Pemain import dari Cameroon ini antara pemain yang mendapat kritikan daripada segelintir penyokong sebelum itu kerana aksinya yang kurang tajam untuk mencatat gol buat pasukan.
6' GOL | Ronald Ngah membuka tirai jaringan seawal minit keenam!@kda_fc 1-0 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/4wpgoegcag
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 17, 2022
Namun, Ronald Ngah dilihat kembali menemui sentuhan pemusnahnya apabila beliau berjaya menjaringkan gol kelapan peribadi musim ini ketika menentang Sabah pada 17 Ogos lalu.
Lucas Espindola
Pemain import untuk Penang ini antara pemain yang dijangka bakal terus menjadi senjata utama pasukan pada malam ini untuk merobek gawang KDA.
Penang yang sebelum itu kehilangan khidmat Cassagrande berjaya mendapat seorang pemain serangan yang sangat berkualiti apabila ketajaman Lucas terserlah dalam setiap perlawanan dihadapi.
84' GOL | Lucas Silva merapatkan kedudukan buat Penang!@Penang_FC 2-3 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/HNYnf0WN10
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 18, 2022
Lucas setakat ini sudah pun meledak tujuh gol keseluruhan buat Penang dan nama beliau sering menjadi sebutan dalam kalangan penyokong kelab tersebut kerana kualiti permainan ditampilkan sangat positif.