Adakah Sani Anuar Kamsani Bakal Disingkir Dari Skuad Pulau Pinang?

Penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani dijangka bakal disingkir dari skuad Pulau Pinang oleh pihak pengurusan FAP – menurut sumber Arena Harimau Malaysia.

Beliau yang menjadi penjaga gol utama Pulau Pinang ketika ini bakal dibuang dari skuad Pulau Pinang selepas Lembaga Disiplin FAP mendakwa beliau terlibat dengan skandal atur perlawanan.

Tidak disenangi

Sani bakal disingkirkan oleh pihak FAP selepas mereka merasakan beliau telah membuka perlawanan untuk pasukan Pahang membelasah mereka.

Sani dituduh selepas beliau dikatakan dengan sengaja melepaskan 6 gol ketika aksi Liga Super yang menyaksikan Pulau Pinang dibelasah Pahang 6-1 di Stadium Darul Makmur.

Selepas perlawanan, Sani kemudiannya melakukan permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya.

Beliau ketika itu berkata mahu setiap penyokong memberikan sokongan padu kepada sesiapa sahaja menjaga gol Pulau Pinang sama ada beliau sendiri, Syed Adney atau penjaga gol ketiga.

Reaksi daripada penyokong Pulau Pinang mengenai perkara ini semestinya tidak senang. Hal ini kerana, perkara ini tidak lebih dari sekadar menambah masalah kepada pasukan yang sedang melanda.

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Kelantan Kurang Gerakan Taktikal, Selangor Kurang Tekanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN