Dion Cools mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat berbangga dapat beraksi bersama skuad Harimau Malaya dan sanggup lakukan apa saja demi negara.
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 menewaskan Bangladesh dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan E, kelayakan Piala Asia 2023.
Safawi Rasid, Dion Cools, Syafiq Ahmad dan Darren Lock berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol untuk skuad Malaysia dalam perlawanan ini.
https://twitter.com/IkhwanNikdanish/status/1536748097979961345?t=48QX122rIs13NXD1yHlr5w&s=19
Malaysia berjaya mendominasi aksi dalam perlawanan ini dan memberi kesukaran kepada skuad Bangladesh sepanjang 90 minit permainan.
Seluruh negara jelas sekali sangat gembira dengan kejayaan skuad negara layak ke Piala Asia 2023 dan malam semalam merupakan malam bersejarah untuk skuad negara.
Dion Cools dan Darren Lok berjaya menjaringkan gol pertama mereka bersama skuad negara dan kedua-dua mereka turut sangat gembira dengan keputusan yang dicatatkan oleh skuad Harimau Malaya.
Cools mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat berbangga dapat beraksi bersama skuad Malaysia dan beliau juga turut sanggup melakukan apa saja demi negara tercinta.
Cools sanggup mati demi negara
Bercakap ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan, Cools telah ditanya oleh wartawan Semuanya Bola tentang apa pandangan beliau berkait keputusannya dapat beraksi bersama skuad Malaysia.
I must share this cause it’s so bloody adorable 🥹❤️ @FAM_Malaysia #HarimauMalaya pic.twitter.com/3ryurrdr12
— Navena (@navxna) June 14, 2022
Pemain terbaik dalam perlawanan bertemu Bangladesh itu kemudiannya menjawab:
“Saya langsung tak menyesal, saya sangat gembira dapat beraksi bersama Malaysia, baik untuk bola sepak mahupun untuk negara sendiri.”
“Saya sendiri ada darah Malaysia, jadi bagi saya secara peribadi, saya sanggup mati demi negara, saya akan lakukan apa saja di atas padang, berikan 100 peratus dan lakukan yang terbaik untuk negara.”
Dions Cools turut menegaskan yang walaupun beliau sudah beraksi di Eropah, namun perasaan dapat bermain bersama skuad negara sangat berbeza dan beliau sangat gembira tentang itu.
Malaysia have qualified for the 2023 @afcasiancup!
FT: @FAM_Malaysia 🇲🇾 4-1 🇧🇩 BANGLADESH
Qualifiers Group E | Tuesday, 14 Jun 2022
⚽️ Safawi Rasid 16' (Penalty), Dion Cools 38', Syafiq Ahmad 47', Darren Lok 73'
⚽️ Mohammad Ibrahim 31' pic.twitter.com/Zf793bnqpN
— Daily Express Malaysia (@DailyExpress_MY) June 14, 2022
Lebih manis untuk pemain yang pernah beraksi di pentas saingan Champions League itu sendiri, keluarga beliau turut menyaksikan perlawanan malam semalam dan kerana itulah gol pertama beliau menjadi lebih bermakna untuk dirinya sendiri.
Cools pemain paling disenangi peminat
Tidak dinafikan yang Dion Cools sememangnya antara pemain yang paling disenangi oleh peminat dek kerana ketenangan dan semangat yang beliau tunjukkan di atas padang.
Beliau antara pemain yang dianggap benar-benar bermain demi negara dan kerana itulah Cools menjadi antara pemain yang paling disayangi oleh peminat.