Sandro & Liridon Bergaduh Dengan Kejurulatihan Kecergasan Kedah?

Sandro Liridon bergaduh dengan jurulatih kecergasan Kedah, benarkah?

Terdapat sebuah khabar angin mengatakan skuad Kedah kini mengalami masalah dalaman melibatkan 2 pemain import utama mereka.

Menurut sumber yang kami terima, Sandro Mendoca dan Liridon Krasniqi dikatakan mengalami percakaran dengan jurulatih kecergasan mereka sendiri iaitu Stefano.

Perang 3 penjuru

Dalam hal ini, dikatakan 2 pemain Kedah mempunyai percanggahan pendapat bersama dengan jurulatih kejurulatihan mereka.

Gambar: Muhammad Syamil Naim/Asiana

Dalam masa yang sama, Sandro sendiri juga berselisihan faham dengan Liridon menjadikan masalah ini seakan-akan merupakan perang 3 penjuru.

Namun begitu, info mengenai pergaduhan 3 penjuru itu masih lagi belum dapat dipastikan.

Walaupun perkara ini bukanlah sahih, tetapi ia telah menimbulkan kerasahan buat penyokong-penyokong Kedah yang mendapat cerita mengenai hal ini.

“Kambing pun boleh terbang”

Isu ini telah membuatkan beberapa penyokong cuba mendapatkan kebenaran daripada laman Facebook Kedah sendiri.

Namun penjaga akaun Facebook Kedah membalasnya dengan cara yang cukup bergaya untuk menafikan khabar angin ini.

“Kalau nak ikut ura-ura, kambing pun boleh terbang. Pemain profesional bukan budak sekolah tadika.”

“Semua pemain profesional yang ada tanggungjawab masing-masing. Jangan buat fitnah bila benda tak betul.”

Kami berharap perkara ini tidak benar. Kerana ia mampu menggugat keharmonian pasukan.

Baca juga: Adakah Kongsi Berkongsi Rumah Mampu Memberikan Kerjasama Di Padang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN