Sandro Da Silva Dipilih Sebagai Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my Edisi April

Sandro

Pemain import Kedah dari Brazil, Sandro Da Silva Mendonca telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi edisi April 2018.

Sandro Mendonca meraih anugerah itu selepas menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 3,884 undian (30.26%).

Beliau yang telah beraksi bersama Kedah sejak tahun 2015 itu berjaya mengatasi empat calon lain iaitu Patrick Dos Santos Cruz dari Pahang yang menerima 2,719 undian (21.19%).

Di tempat ketiga menyaksikan Gonzalo Gabriel Cabrera Giordiano dari Johor Darul Ta’zim mendapat 2,664 undian (20.76% ) dan diikuti Wander Luiz Bitencourt Junior menerima 1,876 (14.62%).

Calon tunggal pemain tempatan yang beraksi untuk Pahang, Muhamad Nor Azam Bin Abdul Azih pula menerima 1,691 undian (13.18%).

Sandro

Kemenangan di atas pilihan yang dilakukan oleh peminat bola sepak tanah air melalui undian ini melayakkan pemain berusia 34 tahun itu menerima sebuah trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my.

Selain itu beliau turut bakal menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1500 sumbangan 139associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minyak wangi tajaan BB7, kasut sukan tajaan AY Sports dan juga perapi rambut tajaan Major Pomade.

Sandro Da Silva Mendonca mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukan Kedah pada bulan April lalu.

Beliau berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan bertemu Selangor yang menyaksikan Kedah menang 4-0 di Alor Setar.

Dalam pada itu, beliau turut mencipta satu bantuan gol ketika bertemu Selangor dan menghasilkan satu lagi bantuan ketika terikat 1-1 dengan Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN