Premier League boleh dikatakan sebagai syurga buat para bintang bola sepak di dunia.
Sebut saja mana-mana pasukan, pasti akan ada pemain bintang ternama di dalamnya.
Walaupun ia kelihatan seperti syurga buat pemain bintang, namun ianya ibarat neraka bagi pemain muda.
Hal ini kerana, mereka seakan tidak diberikan peluang untuk meningkatkan karier yang baru saja hendak bermula.
Disebabkan itu, tindakan membawa diri dilakukan oleh pemain Borussia Dortmund iaitu Jadon Sancho untuk pergi ke Bundesliga.
Menurut FourFourTwo, keputusan beliau untuk menolak kontrak lanjutan dari kelab lama iaitu Manchester City jelas membawa hasil lumayan.
Perpindahan beliau ke Borussia Dortmund jelas mengubah karier beliau. Namanya menjadi pujaan penyokong saban minggu dan pastinya beliau mendapat peluang yang dimahukan.
“Kenapa Borussia Dortmund? Nama itu bersuara dengan sendiri: peluang untuk pemain muda.”
“Anda perlu berterima kasih dengan Borussia Dortmund, sebab ianya jarang didengar untuk sesebuah pasukan mendapatkan 80 ribu penyokong setiap kali bermain di tempat sendiri dan cukup percaya kepada pemain muda.”
Pada pandangan Sancho, beliau sentiasa berasa Borussia Dortmund adalah kelab terbaik buat dirinya.
“Cukup gila bila ingat balik berapa banyak kelab yang mahukan saya, itu maknanya saya berbuat dengan baik sekali dalam karier ini.”
“Tetapi, saya selalu rasa Borussia Dortmund adalah yang terbaik buat saya.”
Sancho adalah beberapa nama dari England yang jarang beraksi di luar kepulauan British.
Keputusan yang dibuat beliau untuk mencuba nasib di tempat baharu adalah kerana perasaan sukakan cabaran baharu dalam diri.
“Saya tak dijaminkan masa bermain, saya kena buktikan yang saya berhak untuk bermain di dalam pasukan ini.”
“Tapi kita cuba saja, mana tahu? Saya suka cabaran baharu jadi ianya tak menggugat saya.”