Wenger: “Sanchez Tak Akan Keluar Arsenal, Kontrak Baharu Bakal Ditawarkan”

Musim ini, nama Alexis Sanchez sering dikaitkan dengan perpindahan ke pelbagai kelab.

Ini menguatkan spekulasi yang beliau bakal meninggalkan kelab tersebut selepas kontrak beliau bersama pasukan Arsenal sudah berakhir.

“Buat apa nak tolong mereka?”

Namun begitu, bagi pengurus Arsenal Arsene Wenger beliau menggangap yang perpindahan itu tak akan berlaku.

Hal ini kerana, beliau pastinya tidak mahu kehilangan pemain yang dianggap sebagai antara pemain terbaik kelab.

Sanchez telah menarik minat dari pelbagai kelab, antaranya adalah musuh Arsenal di Premier League iaitu Chelsea dan Manchester City.

Namun begitu, Wenger dapat rasakan yang Sanchez bakal menandatangani kontrak baharu bersama mereka.

Hal ini kerana baginya, Sanchez cukup gmebira bersama pasukan tersebut.

“Saya yakin beliau mahu kekal di Arsenal. Beliau cukup gembira disini.”

“Saya boleh nampak kemahuan beliau untuk kekal disini. Jika ada sikit-sikit tak setuju itu adalah perkara biasa.”

Wenger juga menolak untuk menjual Sanchez ke musuh mereka di Premier League.

“Untuk apa kami jual beliau ke kelab di Premier League? Kenapa kami perlu kuatkan pasukan lawan sedangkan kami perlu kuatkan pasukan kami sendiri?”

Wenger turut memberi bayangan yang perbincangan mengenai kontrak para pemain beliau akan diadakan sebaik sahaja musim panas bermula.

Selain Sanchez, Mesut Ozil dan juga Alex Oxlade-Chamberlain dijangka bakal duduk berbincang mengenai kontrak baharu.

Baca juga: Ajax Tukar Nama Stadium, Amsterdam ArenA Kini Dikenali Sebagai Johan Cryuff ArenA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN