Quantcast

BERITA

Sanchez Muat Naik Kenyataan Sedih, Mohon Maaf Kepada Penyokong Man Utd

Bintang Manchester United, Alexis Sanchez memohon maaf kepada peminat selepas melalui musim terburuk bersama Manchester United – sejak tiba di Old Trafford pada Januari 2018.

Sanchez adalah pemain yang menerima bayaran paling mahal di Liga Inggeris dan ketibaan beliau di Old Trafford turut membabitkan pertukaran Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal

Bagaimanapun, bintang Chile itu gagal menampilkan apa yang diharapkan di Old Trafford.

Beliau kerap diketepikan akibat kecederaan sehingga menjejaskan prestasinya dalam pasukan. Setakat ini, Sanchez hanya berjaya menyumbang 5 gol untuk United.

Sanchez mohon maaf

Red Devils mengakhiri musim ini dengan amat mengecewakan apabila turut tewas 0-2 dalam aksi terakhir kepada Cardiff City di Old Trafford pada malam tadi.

Melalui laman Instagram, Sanchez menyatakan rasa tanggungjawab diatas kegagalan pasukan itu pada musim ini sebaik sahaja perlawanan menentang Cardiff selesai.

“Musim yang sangat sukar. Peminat berhak mendapatkan permohonan maaf kerana mereka selalu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi walaupun dengan apa yang telah terjadi.”

View this post on Instagram

Fue una temporada muy complicada, pero ellos los fans, son los únicos que se merecen unas disculpas, te apoyan siempre a pesar de todo por este club. En lo personal, no jugué todo lo que esperaba, me lesioné de cosas que nunca me habían pasado. Hay cosas internas que la gente y periodistas hablan sin saber. Siempre fui profesional en todo sentido, ofrezco disculpas a los fans 🙏🏽 por no estar peleando cosas importantes, siendo que somos el Manchester United. Jugadores y Staff saquemos conclusión, si hicimos lo correcto y entregamos lo mejor de cada uno por esta camiseta… Estoy seguro que el Manchester United, volverá a ser el club, que algún día fue, con el señor Alex Ferguson. ⬇️ 🙏🏽 It was a very tough season…the fan are the ones who deserve an apology as they always support you no matter what happens. Personally, I didn’t perform as much as I was expecting because of unpredictable injuries. Press and people were speculating of things that were not even true. I was always a professional in all aspects. I apologise to the fans 🙏 for not be able to achieve our goals,Nevertheless we are Manchester United! Players and Staff are questioning if we were doing the right thing and if we were giving our best for this football shirt … I'm certain that Manchester United one day will return to be the club, as it was in the old days with Mr. Alex Ferguson. 💪🏽….

A post shared by Alexis Sanchez (@alexis_officia1) on

Pemain itu turut tampil mengakui kelemahan diri dan mengakui beliau gagal menampilkan prestasi yang diharapkan ramai di Manchester United selama ini.

“Secara peribadi, saya tidak tampil [untuk Manchester United] seperti apa yang diharapkan, kerana kecederaan yang tidak dapat dijangkakan. Media dan orang ramai banyak membuat beberapa spekulasi yang tidak benar.”

“Saya sentiasa bersikap profesional dalam semua aspek. Saya memohon maaf kepada peminat kerana kami tidak dapat mencapai matlamat kami. Bagaimanapun, kami adalah Manchester United!”

Keyakinan Sanchez

Dalam pada itu, Sanchez menyakinkan para peminat dengan mengatakan bahawa semua pihak di United sedang berusaha melakukan perubahan untuk mengembalikan semula reputasi kelab itu.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

“Setiap dari kami bertanyakan kepada diri sendiri, sama ada kami telah melakukan perkara yang betul, dan telah memberikan yang terbaik untuk kelab ini.”

“Saya yakin bahawa Manchester United akan kembali menjadi kelab seperti dulu seperti ketika era Sir Alex Ferguson, ” kata Sanchez.