Sanchez Kecewa Dengan Prestasi Semasa Di United, Lega Dapat Jumpa Bravo

Alexis Sanchez mengakui yang beliau ada menolak untuk menyertai pasukan Chile untuk tugasan antarabangsa kali ini kerana beliau mahu fokus kepada adaptasi di tempat baru di Manchester United.

Penggempur Chile itu mengakui beliau masih bergelut dengan prestasi sejak menyertai Man. United. Oleh itu, beliau memutuskan untuk menyertai kem Chile.

Hal ini kerana beliau memikirkan kapten beliau di Chile, Claudio Bravo adalah orang yang tepat untuk beliau temui buat masa ini untuk bercakap apa sahaja tentang bola sepak.

“Saya sendiri meletakkan banyak tuntutan untuk diri sendiri. Dan saya juga jangkakan semua ini akan menjadi lebih baik selepas ini.”

“Selepas saya tiba di United, amat sukar untuk saya menukar semua benda dalam sekelip mata. Saya sendiri rasa malu untuk datang dengan pasukan ini untuk menentang Sweden.”

“Saya minta perlepasan untuk tugasan antarabangsa kali ini untuk berehat di England, tetapi selepas itu saya memikirkan lebih baik saya mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan Bravo.”

“Ini selepas Bravo memberitahu kami semua untuk sentiasa bersatu dalam apa jua perkara.”

“Bertukar kelab pada kali ini sesuatu yang agak mengejut. Inilah pertama kali saya bertukar kelab pada Januari. Banyak kesukaran yang berlaku dalam hidup saya selepas itu.”

Claudio Bravo memang antara orang yang sentiasa dirujuk oleh Sanchez ketika beliau memerlukan sesuatu nasihat.

Perwatakan kepimpinan yang tinggi pada Bravo juga membuatkan pemain-pemain lain di Chile menghormati beliau.

Diharap Alexis Sanchez akan kembali menyengat selepas tugasan antarabangsa kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN