Sanchez Ikut Jejak Langkah Lukaku Ke Inter Milan

Inter Milan akhirnya mencapai persetujuan dengan Manchester United untuk mendapatkan Alexis Sanchez secara pinjaman.

Belum ada pengumuman rasmi dari kedua-dua kelab mengenai perkara ini, namun laporan Sky di Itali telah mengesahkan kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan.

Inter dilaporkan akan membayar sehingga €5 juta untuk gaji pemain antarabangsa Chile itu. Sanchez dijangka akan tiba di Milan pada hari ini untuk pemeriksaan perubatan.

Inter sebelum itu telah membawa masuk Romelu Lukaku dari United dengan tanda harga £73 juta pada awal bulan, bagaimanapun tidak diberikan pilihan untuk melengkapkan perjanjian pinjaman kepada perpindahan secara tetap.

Sanchez beraksi dengan baik untuk negaranya di kejohanan Copa America yang lalu, namun masih belum beraksi untuk United pada musim ini akibat kecederaan ketika tugasan antarabangsa.

Namun beliau sudah mulai kembali cergas setelah terlibat dengan perlawanan persahabatan menentang Sheffield United yang diadakan secara tertutup baru-baru ini.

Keputusan membenarkan Sanchez menyertai Inter bermakna United tidak memiliki banyak pilihan pemain di bahagian hadapan. Buat masa ini, Ole Gunnar Solskjaer hanya memiliki Anthony Martial, Marcus Rashford dan juga Mason Greenwood.

Tanpa Martial yang mengalami kecederaan dalam kekalahan 1-2 menentang Crystal Palace pada Sabtu lalu, Solskjaer harus merencana strategi baharu untuk perlawanan menentang Southampton pada Sabtu akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN