Pegawai San Marino: “Thomas Muller Nak Jaringkan Gol Lawan Kami Pun Tak Boleh!”

Bintang Jerman, Thomas Muller baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan mengecam bola sepak San Marino.

Beliau baru-baru ini telah mengecam kepentingan untuk perlawanan seperti ini diadakan. Kerana bagi Muller, perlawanan menentang pasukan kerdil seperti San Marino “tiada gunanya untuk bola sepak profesional.”

muller-1

 

Tiada gunanya

Bagi Muller, perlawanan menentang pasukan seperti San Marino ini cuma menambah kesibukan kepada jadual bola sepak yang sudah sedia padat.

“Saya faham bagi mereka keseronokan dapat beraksi dengan juara dunia. Tetapi mereka cuma boleh bertahan semampu mereka sahaja.”

“Bagi saya, jika perlawanan sebegini tidak diadakan kita dapat mengelakkan risiko yang tidak diperlukan.”

Jerman tempoh hari menewaskan San Marino dengan jaringan 8-0 di tempat lawan. Sami Khedira dan Kevin Volland menjaringkan 1 gol untuk Jerman sementara Jonas Hector menjaringkan 2 gol.

1 gol sendiri dari Mattia Stefanelli dan hatrik dari Serge Gnabry cukup untuk pasukan juara dunia itu meratah pasukan kerdil Eropah tersebut.

“Gol lawan kami pun tak boleh!”

Namun begitu, kritikan pedas Muller terhadap San Marino dibalas semula oleh mereka.

Pengarah komunikasi San Marino, Alan Gasperoni telah mengeluarkan surat terbuka khas untuk Muller menyatakan 10 sebab mengapa pasukan kerdil seperti San Marino berhak beraksi menentang pasukan gergasi seperti Jerman.

Berikut terjemahan surat tersebut:

“Ke hadapan Thomas Muller yang amat dikasihi,”

“Ya anda benar. Perlawanan pada malam Jumaat adalah tiada gunanya. Bagi kamu, tiada gunanya kamu untuk datang ke San Marino untuk minggu yang tiada aksi bola sepak seperti Bundesliga. Kamu boleh habiskan masa bersama isteri kamu di sofa empuk di vila mewah kamu.”

“Dan siapa tahu? Kamu boleh luangkan masa mengambil bahagian di dalam acara yang dianjurkan oleh penaja kamu untuk kaut beberapa ribu Euro ke dalam akaun bank kamu.”

“Namun begitu, izinkan saya beri 10 sebab mengapa perlawanan San Marino-Jerman adalah perlawanan yang berguna dan biarkan saya ceritakan mengapa saya rasa ia berguna.”

“Pertama, ia menunjukkan yang kamu tidak mampu menjaringkan gol ketika menentang pasukan selemah kami.”

cxaprggxeaafmf3-1

“Kedua, ia memberi isyarat jelas kepada pengurus kamu termasuklah Franz Beckenbauer dan Karl-Heinz Rummenigge yang bola sepak bukan milik individu seperti mereka sahaja. Tetapi MILIK KAMI JUGA.”

“Ketiga, ia mengingatkan kepada beratus-ratus pengamal media di Eropah yang masih terdapat sekumpulan manusia yang masih mengejar impian mereka dan bukannya mengikut peraturan anda.”

“Keempat,ia juga memberi bukti yang orang Jerman tidak akan berubah dan bermain bola sepak secara ‘membuli’ tidak akan menjamin kemenangan.”

“Kelima, ia menunjukan 200 orang di San Marino rela diarahkan oleh jurulatih mereka untuk beraksi sehabis baik untuk negara mereka. Siapa sangka? Jasa dan keringat mereka tidak akan dibalas dengan satu perlawanan menentang juara dunia.”

“Keenam, menerusi perlawanan ini kami dapat memperoleh wang hasil dari hak imej perlawanan ini. Dengan wang ini kami dapat membina fasiliti bola sepak di kawasan kampung kami. Kamu mungkin boleh buat begitu guna gaji 6 bulan kamu tapi kami guna wang dari 1 perlawanan sahaja. Hebatkan?”

“Ketujuh, ia memberikan peluang kepada negara yang sebesar padang kamu di Munich untuk keluar surat khabar untuk perkara yang baik. Kenapa? Sebab bola sepak selalu membawa perkara yang baik.”

“Kelapan ,ia memberikan peluang kepada rakan kamu Sergi Gnabry untuk memulakan karier antarabangsanya dengan jaringan hatrik.”

serge-gnabry-germany-san-marin

“Kesembilan, ia memberikan sedikit kegembiraan kepada orang-orang San Marino yang mereka ada pasukan kebangsaan yang sebenar.”

“Dan yang terakhir, ia juga mengingatkan kami walaupun kamu memakai kit Adidas yang paling cantik. Kamu pasti akan sarung stokin warna putih diatas sandal mereka.”

“Dengan penuh rasa sayang, Alan Gasperoni.”

Bagi kami, bola sepak itu berhak dimainkan di mana-mana sahaja seluruh dunia walaupun pasukan itu lemah macam mana pun.

Jadi keputusan akhir. Alan Gasperoni 1-0 Thomas Muller.

Baca juga: Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN