Salah satu negara terkecil dunia iaitu San Marino buat pertama kali mencipta sejarah tersendiri yang akan dikenang oleh penyokong bola sepak mereka sehingga bila-bila, selepas mereka meraih kemenangan 1-0 pada saingan Nations League.
Kemenangan 1-0 ke atas Liechtenstein ini bukan suatu kejayaan biasa, kerana San Marino berjaya memadam rekod 20 tahun mereka tanpa kemenangan di pentas antarabangsa buat pertama kali.
🇸🇲 SAN MARINO WIN A GAME FOR THE FIRST TIME IN 20+ YEARS & A COMPETITIVE MATCH FOR THE FIRST TIME EVER!!!
History is made as the worst team in the FIFA rankings (210th) finally end the longest winless run in international football history (140 games dating back to April 2004)!!! pic.twitter.com/xbB3M2WQUE
— The Sweeper (@SweeperPod) September 5, 2024
Penghargaan jelas perlu diberikan kepada bintang muda San Marino iaitu Nicko Sensoli yang meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-53 untuk menghadiahkan kemenangan buat negara diwakili.
Malah jaringan itu terus kekal dan dipertahankan sehingga ke wisel penamat untuk memastikan sejarah dua dekad tanpa kemenangan akhirnya berjaya dipecahkan.
Lebih menarik, kemenangan terakhir diraih negara tersebut adalah pada tahun 2004 dalam satu aksi persahabatan dengan membabitkan mereka juga bersama Leictenstein.
Selepas itu, mereka tidak lagi merasai sebarang kemenangan dan setelah 140 perlawanan antarabangsa dilalui yang menelan masa 20 tahun, barulah kini San Marino meraih kejayaan kembali.
Kembali kepada perlawanan tersebut, San Marino meraih gol menerusi kesilapan pertahanan lawan iaitu Sandro Wieser yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya, sebelum peluang itu dihidu Sensoli serta beliau menyudahkannya.
Jaringan tersebut nyata menjulang nama Sensoli bersama rakan sepasukan lain kerana mereka berjaya mempertahankannya demi memastikan rekod baharu berjaya dicapai.
Apa tidaknya, mereka terpaksa menyerap segala asakan lawan, selain penguasaan permainan juga jelas memihak kepada Leichtenstein.
Namun, kemenangan itu akhirnya berjaya dipertahankan di halaman sendiri sekali gus menyaksikan para penyokong tuan rumah bersorak atas kemenangan negara kesayangan mereka pada aksi tersebut.
Untuk rekod, San Marino menghuni kedudukan tercorot daripada segi ranking diletakkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi rekod pasukan itu sendiri.
🚨 SAN MARINO WIN THEIR FIRST-EVER COMPETITIVE FOOTBALL MATCH 🚨
Their 1-0 win over Liechtenstein is the first win in 20 years for FIFA's lowest-ranked team in the world pic.twitter.com/3cvjJXdIvl
— B/R Football (@brfootball) September 5, 2024
Kedudukan semasa menyaksikan San Marino berada di tangga ke-210 daripada 210 negara didaftarkan oleh FIFA dalam sistem bola sepak seluruh dunia.
Di saingan Nations League, San Marino kini berada di kedudukan pertama League D Kumpulan 1 menerusi kemenangan tersebut diikuti Gibraltar serta Liechtenstein.