Samuel Eto’o Tandatangani Kontrak Sertai Kelab Qatar

Bekas bintang Barcelona, Samuel Eto’o disahkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Qatar, Qatar Sports Club selepas meninggalkan kelab Turki, Konyaspor.

Bekas penyerang skuad kebangsaan Cameroon itu akan diumum secara rasmi hari ini sekali gus menjadi pemain bintang terbaru yang menyertai liga domestik Qatar dalam usaha negara itu untuk menganjurkan Piala Dunia 2022.

Kelab itu menerusi laman sosial media rasmi mereka berkata: “Pengenalan kepada bintang antarabangsa, Samuel Eto’o pada sidang media.”

Difahamkan Eto’o menjalani ujian perubatan sebelum ini.

Pemain terbaik Afrika sebanyak empat kali itu akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Xavi Hernandez yang beraksi bersama Al Sadd dan Wesley Sneijder yang beraksi bersama Eto’o ketika di Inter Milan. Sneijder kini beraksi bersama Al Ghafara.

Eto’o melalui karier yang cukup cemerlang terutamanya ketika bersama Barcelona dari 2004 sehingga 2009 sebelum membantu skuad bimbingan Jose Mourinho di Inter Milan untuk memenangi Liga Juara-Juara, Serie A dan Copp Italia pada musim pertamanya di kelab Itali itu.

Dia kemudian menyertai Chelsea dan Everton pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Eto’o turut meledak 56 gol untuk Cameroon sepanjang 118 penampilan selain membantu memenangi Piala Negara-Negara Afrika sebanyak dua kali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN