Jose Mourinho mempunyai turun naik beliau sebagai pengurus di pelbagai liga.
Mencipta nama Bersama FC Porto apabila memenangi kejuaraan Eropah, kemuncak karier beliau sebagai pengurus adalah ketika memenangi treble bersama Internazionale pada 2010.
Salah seorang bintang beliau pada waktu iaitu Samuel Eto’o mendedahkan rahsia bagaimana pasukannya berjaya menjulang kejuaraan Eropah pada tahun tersebut.
Menurut laman Sport Bible, Eto’o mendedahkan Mourinho melakukan tindakan mengejut apabila membenarkan pemain memberikan taklimat taktikal sewaktu perlawanan.
Sebelum perlawanan menentang Bayern Munich itu berlangsung, Mourinho memberikan sedikit taklimat kepada para pemain beliau mengenai strateginya.
Namun selepas itu dengan secara mengejut, Mourinho meminta Eto’o untuk menyampaikan taklimat kepada rakan sepasukan beliau.
“Jose Mourinho melakukan perkara yang tak ramai pengurus akan lakukan.”
“Beliau memberikan taklimat sebelum perlawanan berlangsung, selepas itu beliau minta saya beri taklimat.”
“Mourinho kata beliau mahu berterima kasih kepada saya sebab itu saya diberikan peluang melakukannya.”
“Saya katakan yang pasukan telah bermain dalam pelbagai perlawanan akhir, tetapi yang ini merupakan paling istimewa antara semua.”
“Jadi kita mahu lakukan sesuatu untuk para penyokong yang berhak menerima semua ini.”
“Sama ada kita menang kejuaraan ini atau pulang mati kerana berjuang untuk membawa pulang piala itu atau kita akan terkorban kerana gagal bawa kemenangan.”
“Selepas bercakap, saya pusing ke belakang dan melihat Julio Cesar menangis.”
Internazionale berjaya menang dalam perlawanan itu apabila 2 gol Diego Milito menumbangkan Bayern Munich.