Samuel Eto’o Janji Belikan Rumah Untuk Kapten Cameroon Yang Kini Gelandangan

Ini merupakan satu tindakan yang cukup murni dari Samuel Eto’o.

Bekas penyerang Barcelona itu telah menzahirkan janji beliau untuk membantu bekas kapten Cameroon yang kini telah menjadi gelandangan.

Menurut laporan BBC Sport, Eto’o berjanji untuk membantu bekas kapten pasukan bola sepak negaranya iaitu Norbert Owona yang kini telah menjadi gelandangan di bandarnya sendiri iaitu Douala.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 23: Samuel Eto arrives for The Best FIFA Football Awards – Green Carpet Arrivals on October 23, 2017 in London, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Owono merupakan pemain Cameroon sekitar era 1960-an dan juga 1970-an, kini mengakui dirinya hidup ibarat binatang dan tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari negara beliau.

Beliau sebelum ini pernah menulis kepada kerajaan Cameroon mengenai tahap kesihatan beliau dan kesusahan yang dihadapi, kerana beliau terpaksa menghabiskan banyak wang untuk membantu keluarganya.

Owona tidak mempunyai wang untuk membeli apa-apa atau rumah untuk berlindung dari hujan dan panas.

Lebih memeritkan, beliau menghabiskan kebanyakkan duit simpanannya untuk menjaga isterinya yang menghidap kanser dan demi kelangsungan anak-anak.

Owona kini berada di hospital kerana mengalami masalah dengan hernia beliau, dan menurut laporan Eto’o ada pergi melawat beliau.

Malah, Eto’o turut mendermakan £686 untuk Owona sambil berjanji untuk membelikan sebuah rumah buat bekas pemain itu untuk berlindung.

Situasi melibatkan bekas pemain Cameroon boleh dikatakan sukar kerana ramai yang menghadapi kepayahan hidup pasca karier bermain mereka.

Malah terdapat kempen untuk membantu para pemain ini agar mendapat hidup yang lebih baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN