Impian Indonesia untuk melangkah lebih jauh dalam arena bola sepak di pentas antarabangsa jelas sudah tertutup rapat kini, selepas hak mereka selaku tuan rumah Piala Dunia bawah 20 (B-20) telah dibatalkan.
Saat-saat yang dinantikan itu hanya akan berlangsung sedikit masa sahaja lagi, dengan segala bentuk persiapan sudah dibuat Indonesia sebelum ianya dibatalkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
✅ 𝐑𝐄𝐒𝐌𝐈!
Dengan dibatalkannya Piala Dunia U-20 2023 di Indonesia, Timnas Israel U-20 tetap akan bermain di Piala Dunia U-20 2023 karena statusnya lolos kualifikasi.
Sedangkan Indonesia harus dicoret dari participants karena Timnas Indonesia U-20 mendapat jatah partisipasi… pic.twitter.com/CTn36LMvBu
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) March 29, 2023
Perkara ini jelas menghadirkan rasa kecewa untuk pelbagai pihak, terutama sekali barisan pemain, kejurulatihan serta staf skuad Indonesia B-20 yang sudah mempersiapkan diri sejak sekian lama untuk bertanding.
Antara yang meluahkan rasa kecewa pastinya pemain muda Indonesia yang sudah memasang angan-angan untuk menyarung jersi keramat Sang Garuda di pentas dunia iaitu Arkhan Fikri.
Selepas skuad tersebut dibubarkan secara rasmi, Arkhan menjadi antara pemain yang pulang menyertai kelab masing-masing dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Pemain ini juga sempat beraksi pada perlawanan terbaharu liga bersama kelab diwakilinya iaitu Arema FC untuk membantu pasukan tersebut mencatat kemenangan 1-0 mengatasi Persita Tangerang.
Walaupun sudah mengetahui hakikat sebenar, Arkhan mengakui diri beliau masih sukar melupakan segalanya dan hatinya masih untuk saingan Piala Dunia tersebut bersama Indonesia.
Pastinya beliau bersama rakan sepasukan lain wajar untuk meratapi keputusan tersebut, selepas mereka mampu menyerlahkan potensi yang ada untuk menarik minat seluruh pemerhati bola sepak seluruh dunia dalam kejohanan berprestij itu.
Menurut Arkhan, segala usaha beliau bersama rakan-rakan lain dianggap sia-sia sahaja, setelah itu merupakan impian terbesar yang ditanam untuk beraksi selepas penat lelah dalam sesi latihan.
“Sudah tentu kami rasa sangat kecewa dan sedih setelah mengetahui keputusan tersebut kerana persiapan yang dibuat telah mengambil masa yang lama.
“Kem latihan pusat yang panjang, sesi latihan sebanyak tiga kali sehari, serta rutin kecergasan yang sangat ketat yang telah dilalui kami bersama.
“Itu merupakan impian terbesar kami untuk beraksi dalam kejohanan itu. Sampai sekarang kami masih belum dapat menerima hakikat Piala Dunia B-20 batal di Indonesia,” jelas Arkhan menerusi Bola.com.
Arkhan Fikri pemain gelandang Timnas U20 ungkapakn kesedihan dan kekecewaannya terhadah gagalnya Indonesia menjadi tuan rumah Pildun U20 #KamiSudahBerkorban pic.twitter.com/lcC4GYSwAh
— Send Code (@sendc0de) April 1, 2023
Menerusi pembubaran skuad Indonesia B-20 itu, kini Arkhan akan terus bersama Arema FC untuk mengharungi baki tiga lagi perlawanan menentang Madura United, Persebaya Surabaya, serta Bhayangkara FC.