Sampai Bila Kerajaan Mahu Layan Industri & Komuniti Bola Sepak Seperti Sampah?

Bola Sepak Komuniti Kerajaan

Jika pun kerajaan akan membenarkan sektor bola sepak kembali beroperasi dalam masa terdekat, ia masih tidak cukup untuk mengubati kekecewaan pemain industri sukan ini yang sudah cukup lama menderita.

Bukan baru sekali ia berlaku, tetapi sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tahun lalu lagi industri dan komuniti bola sepak seolah-olah dianggap seperti ‘musuh’ oleh kerajaan.

Persoalan yang sama diulang berkali-kali, sejauh mana kerajaan melihat kepentingan industri bola sepak di negara ini?

Senarai Lengkap Aktiviti Perpindahan Januari 2021 Melibatkan 20 Kelab EPL

Pilih bulu

Beberapa sektor ekonomi lain terutamanya industri perkilangan terus diberi ‘keistimewaan’ untuk meneruskan operasi mereka seperti biasa sekalipun ratusan kluster baharu melibatkan tempat kerja telah dilaporkan setiap hari.

Sedangkan sejak pandemik Covid-19 bermula pada tahun lalu sehingga hari ini, masih belum ada kluster atau penyebaran yang berpunca daripada aktiviti bola sepak.

Ketika aktiviti sukan bola sepak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP Pemulihan (PKPP) selama tiga bulan sebelum ini, tidak kurang 50 perlawanan sosial berlangsung di padang-padang bola sepak di seluruh negara setiap hari, adakah terdapat kluster padang bola dilaporkan?

Tetapi industri ini jugalah menjadi yang pertama diarahkan tutup. Di Lembah Klang sahaja, ia telah pun menjejaskan punca rezeki tambahan buat kira-kira 3,000 pemain, 80 pengadil, 160 jurulatih, 150 jurugambar dan 200 staf sokongan padang bola sepak di peringkat amatur dan semi-profesional.

‘Kerana PKPB Kami Yang Pertama Ditutup, Yang Terakhir Dibuka’

Jika pihak kerajaan merasakan industri perkilangan itu ‘terpaksa’ diberi pengecualian demi memastikan ekonomi negara tidak lumpuh, bagaimana pula dengan ekonomi semua pihak yang terlibat dengan bola sepak?

Adakah kerajaan tidak pernah menganggap industi bola sepak ini sebenarnya mampu meningkatkan ekonomi negara?

Di mana keadilan?

Apa yang telah berlaku jelas menunjukkan betapa kerajaan kita hari ni mengamalkan sikap pilih kasih atau ‘double standard’ di antara layanan terhadap ‘cukong-cukong’ dan ‘ikan kecil’.

‘Ikan-ikan kecil’ dalam ‘lubuk’ industri bola sepak tempatan ini semakin bergelut untuk mencari sesuap nasi bagi menyara diri dan keluarga.

Belum Ada Kluster Padang Bola, Kerajaan Diharap Tidak ‘Musuhi’ Industri Bola Sepak

Jika kilang-kilang ini boleh dibenarkan beroperasi dengan syarat pematuhan SOP yang sangat ketat, kenapa tidak merangka SOP yang sama untuk industri bola sepak? Pokoknya adalah mahu atau tidak sahaja.

Apabila kilang-kilang ini mencetuskan kluster, mereka diarahkan tutup untuk tempoh tiga hingga empat hari, kenapa fasiliti sukan tidak boleh dibuat dibuat SOP menggunakan kaedah yang sama, sebaliknya diarah tutup secara berterusan?

Izinkanlah mereka yang sudah mendapat dua dos suntikan vaksin untuk kembali bermain bola sepak. Benarkanlah padang-padang bola sepak ini beroperasi dengan kapasiti tertentu dengan penjadualan dan SOP yang ketat bagi mengelak kesesakan dan sebagainya.

Jika kerajaan terlalu buntu atau dengan erti kata lain pemalas untuk sediakan pelan dan SOP ini, sejak mula lagi beberapa penggiat industri ini sudah pun beberapa kali merangka pelbagai cadangan untuk dibentangkan.

Warkah Dari Komuniti Bola Sepak Sosial Untuk Perhatian Segera Menteri Belia & Sukan

Semua pihak yang terlibat dalam industri ini sedia memberikan komitmen tidak berbelah bahagi. Hakikatnya industri bola sepak negara di peringkat komuniti dan akar umbi kini sudah berada di peringkat kritikal.

Apa peranan menteri sukan?

Kepimpinan kerajaan yang bertukar-tukar juga jelas tidak membantu keadaan. Lantikan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu juga dilihat tak lebih dari seorang ‘badut’.

Sepertinya beliau tidak tahu hujung pangkal kepada masalah yang sedang berlaku sehingga mengambil tindakan yang menjurus kepada kemarahan orang ramai. Memang itulah agaknya hakikat ‘orang politik’.

Hantaran terbaharunya di media sosial kononnya beliau telah mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan sukan padang untuk beroperasi.

Adakah itu cara seorang menteri membuat kerja atau sekadar terdesak mahu tunjuk buat kerja? Anda adalah seorang menteri, bekerjalah seperti seorang menteri. Kenapa pula perlu ‘merayu’ dan ‘mengemis’ kepada kerajaan seperti mana kami di bawah ini.

Selamatkan industri ini. Bola sepak perlu kembali!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN