Jika dilihat mengenai perkembangan bola sepak Indonesia, kini mereka kembali giat dalam mendapatkan pemain naturalisasi serta warisan untuk memperkukuhkan skuad kebangsaan di segenap posisi.
Paling diberi tumpuan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) ketika ini ialah program mendapatkan pemain warisan, apabila ada tiga tonggak baharu kini sedang berada dalam proses untuk pendaftaran.
Tiga pemain tersebut ialah Jordi Amat, Sandy Walsh, dan Shayne Pattynama yang masih dalam proses untuk didaftarkan menjadi pemain kebangsaan Indonesia.
Shayne Pattynama🔜#KitaGaruda #MeraihImpian #EmergingStrongerTogether #TimnasDay #smsports #footballdesign pic.twitter.com/Zn2eWtEW9a
— Andhika B (@dhikabdesign) June 3, 2022
Untuk rekod, proses pendaftaran ketiga pemain ini sudah mula giat dilakukan oleh PSSI sejak tahun lalu dalam misi mereka untuk meningkatkan mutu bola sepak negara.
Sejak tahun 2010 lalu, program naturalisasi sudah giat dilakukan oleh PSSI dengan puluhan pemain sudah didaftarkan untuk mewarnai bola sepak Indonesia.
Persoalan mengenai naturalisasi
Kini timbul pertanyaan, sampai bila program naturalisasi tersebut akan terus dilaksanakan oleh PSSI?
Adakah para penyokong di sana bakal kesebelasan utama skuad kebangsaan yang dibarisi oleh semua pemain naturalisasi dan warisan berbanding pemain tempatan?
MICHAIL ANTONIO SCORES HIS FIRST GOAL FOR JAMAICA 👏 🇯🇲 pic.twitter.com/ybE6S81QVs
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) November 13, 2021
Sehingga kini FIFA masih belum mengehadkan proses naturalisasi dalam sesebuah pasukan. Apatah lagi, jika ia membabitkan pemain yang mempunyai dua kerakyatan seperti Michail Antonio apabila beliau memiliki kerakyatan Jamaica dan England.
Pendapat Exco PSSI
Menurut Hasani Abdulgani selaku Exco PSSI, beliau melihat proses naturalisasi ini tidak akan mengganggu kesebelasan skuad kebangsaan apabila menyatakan beberapa orang sahaja bakal diberi peluang berdasarkan piawaian tersendiri.
“Jika dilihat pada peraturan FIFA, tak ada salah untuk mengambil seberapa ramai pemain naturalisasi.
“Tapi kami pun tidak akan mengambil terlalu ramai sehingga kuota skuad kebangsaan diisi penuh mereka. Semestinya tidak.
“Cukup tiga atau empat pemain sahaja. Kalau 11 pemain itu sudah pasti kami tidak akan mempertimbangkannya,” jelas Hasani.
Pemain naturalisasi dapat pacu pemain tempatan
Di Malaysia, ramai yang beranggapan dengan kehadiran pemain naturalisasi serta warisan mampu memberi perkembangan tidak sihat buat pemain tempatan.
Begitu juga di Indonesia, apabila para penyokong melihat kesukaran bakal dihadapi oleh pemain tempatan di sana untuk merebut slot bersama skuad kebangsaan.
Pada pendapat Hasani, beliau melihat kehadiran pemain naturalisasi dan warisan ini sebagai suatu perkembangan yang sangat positif dalam bola sepak Indonesia.
Jordi Amat signs for 🔵🔴
More photos at https://t.co/e1ln0Pv84m#NewSigning#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/tXl3HdHhSp
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 29, 2022
Menurut beliau, dengan kehadiran pemain ini mampu untuk memacu perkembangan tonggak-tonggak tempatan supaya lebih berkembang pada masa akan datang.
“Sifat manusia ini jika tidak diberi cabaran mereka mudah selesa dan manja. Tetapi, jika ada cabaran dibuat, mereka pastinya mahu bersikap daya saing.
“Jika disoal isu bola sepak, ianya mengenai persaingan. Jika pemain tempatan ingin membuktikan sesuatu, mereka perlu bersaing dengan pemain luar tersebut,” terang Hasani dengan jelas mengenai perkara tersebut menerusi Bola.com.
Hasani juga menyatakan kelebihan menggunakan pemain luar ini kerana mereka berpengalaman beraksi di pentas Eropah dan saingan liga di sana lebih kompetitif.
Selain itu, pemain seperti Jordi Amat ini dilihat dapat menurunkan pengalaman beliau bersama bakat-bakat baharu untuk cuba mengintai ke pentas Eropah.
Bagaimana di Malaysia?
Di Malaysia ketika ini program naturalisasi dilihat sebagai gagal secara umumnya apabila tiga pemain iaitu Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, serta Mohamadou Sumareh gagal untuk memberi impak sebaiknya bersama skuad kebangsaan.
Namun berbeza pula dengan pemain warisan apabila dilihat sangat membantu skuad negara dan cepat menyesuaikan diri dengan pemain tempatan lain seperti Dion Cools, Matthew Davies, Corbin Ong, serta beberapa pemain lagi.
PROFIL PEMAIN #3
Panggilan Pertama Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya
GUILHERME DE PAULA LUCRECIO
Penyerang#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/izRpgW3tKi— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2021
Untuk jangka masa akan datang, Malaysia dilihat perlu mengkaji semula kesesuaian pemain luar sebelum dinaturalisasikan bagi beraksi bersama skuad kebangsaan.
Mendapatkan lebih ramai pemain warisan adalah lebih baik kerana mereka masih mempunyai pertalian darah Malaysia serta mempunyai jiwa tersendiri untuk bersama negara seperti Dion Cools.