Samir Nasri Digantung 6 Bulan Dari Sukan Bola Sepak

Bekas pemain Arsenal dan Manchester Cirty, Samir Nasri disahkan telah digantung selama 6 bulan oleh UEFA kerana didakwa mengambil 500 mililiter (ml) air steril yang mengandungi komponen nutrien mikro pada 26 Disember 2016 ketika bercuti.

Samir Nasri digantung daripada sukan bola sepak bagi memberi laluan kepada siasatan terhadap dirinya yang didakwa mengambil rawatan hidrasi intervena di salah sebuah klinik di Los Angeles.

Ketika itu dia merupakan pemain pinjaman kepada Sevilla dan Nasri dilaporkan berasa kurang sihat selain muntah sebelum mendapatkan rawatan daripada bekas teman wanitanya, Dr. Sarabjit Anad yang memberikan diagnosis awal.

Nasri kemudian menerima rawatan daripada syarikat perubatan swasta di bilik hotelnya dan kemudian memuat naik gambar bersama pengasas syarikat itu, Jamila Sozahdah yang menjadi perhatian orang ramai.

Samir Nasri pernah beraksi untuk Manchester City. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) menerusi peraturannya menetapkan hanya 50ml air campuran seperti itu dibenarkan dalam tempoh enam jam bagi atlet yang masih aktif.

Sevilla kemudiannya mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pengecualian rawatan buat Nasri tetapi UEFA kemudiannya menolak permohonan itu sebelum di bawa ke perhatian Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Benar (Nasri digantung) tetapi hanya untuk enam bulan sahaja,” kata peguam yang enggan namanya didedahkan.

Nasri kini merupakan pemain bebas selepas meninggalkan kelab Turki, Antalyaspor, Januari lalu selepas hanya enam bulan beraksi.

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Samir Nasri pernah mencetus kontroversi apabila tidak berpuas hati dan melabel Jamie Vardy sebagai penipu. Ianya selepas insiden panas di antara Nasri dan Vardy dalam saingan UCL.

Dalam pertemuan kedua di antara Leicester dan Sevilla, berlaku konfrontasi di antara kedua-dua pemain.

Nasri telah menanduk Jamie Vardy sekaligus membuatkan pemain Perancis tersebut dibuang padang pada minit ke-74.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN