Samir Nasri menjadi individu yang dipinggirkan di Manchester City dengan rakan sepasukannya sendiri turut mempersoalkan kehadiran Nasri dalam persiapan pra musim jelajah Amerika kelab berkenaan.
City sedang mencari kelab yang berminat untuk mendapatkan bekas pemain tengah Arsenal itu.
Samir Nasri turut berada di bawah penyiasatan UEFA berkenaan isu melanggar peraturan berkaitan doping ketika bersama Sevilla secara pinjaman pada musim lalu.
Keputusan pengurusan City membawa pemain antarabangsa Perancis berusia 30 tahun ini adalah sesuatu yang mengejutkan.
Bagaimanapun, Guardiola turut memberikan aksi kepada Nasri sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika menentang Manchester United di Houston pada minggu lalu.
Sikap Nasri sendiri menyebabkan ramai pemain dalam kalangan skuad Manchester City kehairanan, mengapakah beliau tidak ditinggalkan sahaja di Manchester untuk menjalani latihan secara sendirian.
Satu sumber dalaman berkata:
“Seluruh skuad tidak memahami tujuan kehadiran Nasri di sini. Dia sangat tidak popular di kalangan pemain City kerana sikap angkuhnya. Sebahagian daripada rakan sepasukannya mahukan Nasri dihantar pulang.
Samir Nasri menyertai Manchester City dari Arsenal pada 2011 dengan nilai perpindahan £24 juta. Beliau masih mempunyai kontrak selama 2 tahun dengan pendapatan berjumlah £120,000 seminggu.
Namun demikian, Samir Nasri jelas tidak ada di dalam perancangan Pep Guardiola apabila pengendali Sepanyol itu menghantar Nasri ke Sevilla secara pinjaman pada musim lalu.
Siasatan oleh UEFA berkaitan isu doping mungkin akan menyukarkan lagi niat Manchester City menjual Samir Nasri.
Disember lalu, Samir Nasri dikatakan melawat sebuah klinik di Los Angeles. Kunjungan Nasri berkemungkinan untuk mendapatkan rawatan yang melibatkan ubatan larangan serta melanggar peraturan badan anti doping.
Samir Nasri boleh dikenakan hukuman gantung daripada bermain bola sepak sehingga 4 tahun jika didapati bersalah.
Buat masa ini, Nasri masih menjalani latihan bersama skuad Manchester City yang sedang membuat persiapan untuk berhadapan juara Eropah, Real Madrid dalam pertandingan ICC pada Rabu akan datang.
Sumber:
1. Jeremy Cross, Daily Star (2017): Samir Nasri falls out with Man City squad: Pep Guardiola’s men don’t want him at US camp; http://www.dailystar.co.uk/sport/football/631964/Manchester-City-News-Samir-Nasri-Premier-League-Pep-Guardiola-US-Tour-Danilo
2. Peter Edwards, The Express (2017): Samir Nasri becomes Manchester City outcast: Pep Guardiola wants to offload him; http://www.express.co.uk/sport/football/832106/Samir-Nasri-Manchester-City-News-outcast-Pep-Guardiola-Arsenal-Sevilla