Sami Khedira Minta Semua Pihak Jangan Perlekehkan Kejuaraan Serie A Yang Dimenangi

Pemain tengah Juventus, Sami Khedira meminta semua pihak khususnya para penyokong untuk tetap menghargai gelaran Scudetto yang diraih pasukannya pada musim ini.

Khedira beranggapan kejayaan Juventus menjuarai gelaran terulung Serie A itu perlu tetap dihargai dan disambut meriah meskipun kelab itu gagal menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Juventus mengesahkan gelaran Scudetto ke-35 kelab itu selepas berjaya mengutip tiga mata menewaskan Fiorentina 2-1 di Turin, Ahad lalu.

Kemenangan tersebut sekaligus menjadikan kejuaraan kali kelapan berturut-turut yang dimenangi Juventus sejak dari era kebangkitan ‘The Old Lady’ pada musim 2011/12.

Scudetto istimewa

Bagaimanapun, kejayaan Juventus yang dinobatkan sebagai juara Serie A musim ini tidak mendapat sambutan yang semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Hal ini berkait dengan penyingkiran Juventus diperingkat suku akhir Liga Juara-Juara minggu lalu, selepas tewas di tangan Ajax dihalaman sendiri.

TURIN, ITALY – APRIL 16: Juventus player Daniele Rugani during the UEFA Champions League Quarter Final second leg match between Juventus and Ajax at Allianz Stadium on April 16, 2019 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Namun bagi Khedira, beliau mengakui bukan mudah bagi pasukan untuk memenangi gelaran Serie A dan oleh itu beliau harap semua pihak perlu menghargai kejayaan yang diraih Juventus pada ketika ini.

“Musim ini kami [Juventus] memenangi gelaran juara [Scudetto] untuk kali kelapan berturut-turut.”

“Gelaran ini merupakan sesuatu yang istimewa dan kami tidak mendapatkannya dengan cara yang mudah. Ini merupakan kejayaan yang besar untuk kami.”

Musim depan !

Khedira menyedari betapa ramai peminat Juventus yang masih kecewa dengan kegagalan pasukan memenangi gelaran Liga Juara-Juara.

Namun, Khedira berjanji bahawa dia dan rakan sepasukan akan terus bekerja keras untuk membawa Piala Liga Juara-Juara ke Turin pada musim hadapan.

TURIN, ITALY – APRIL 20: Blaise Matuidi, Emre Can and Sami Khedira of Juventus celebrate the winning of the Italian championship 2018-2019 after the Serie A match between Juventus and ACF Fiorentina on April 20, 2019 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

“Memenangi Liga Juara-Juara adalah salah satu sasaran Juventus. Tetapi untuk memenangi trofi itu tidak mudah kerana terdapat tujuh atau lapan pasukan yang juga turut  ingin memenangi piala itu.”

“Oleh sebab itu, kami perlu menerima kegagalan kami  pada kejohanan ini walaupun ia menyakitkan, kami akan cuba memenanginya pada masa depan.”

Leave a Reply