Samassa Bakal Jadi ‘Tangan Ghaib’ Sebenar Buat Pahang

Sebentar tadi Sri Pahang telah mengesahkan pemain import mereka yang kelima iaitu, Mamadou Samassa yang akan beraksi di posisi penjaga gol pasukan pada musim ini melalui Facebook rasmi meraka.

Samassa yang juga merupakan pemain kebangsaan Mali berusia 31 tahun dan pernah beraksi di Ligue 1 bersama kelab Guingamp dan Troyes.

Setelah itu, penjaga gol ini juga pernah beraksi  untuk Sivasspor yang beraksi di Liga Turki selain membuat kemunculan selaku pemain di Liga Greece bagi mewakili pasukan Levadiakos sebelum menyertai Sri Pahang.

Pemain ini dijangka menjadi ‘tangan ghaib’ buat Sri Pahang dengan ketangkasan dan pengalaman yang dimiliki apabila beliau yang mempunyai ketinggian 1.97 meter ini pernah menyarung jersi Perancis di pelbagai peringkat umur sebelum membuat penampilan senior bersama skuad kebangsaan Mali.

Ketangkasan Samassa berjaya membawa pasukan negaranya menduduki tangga ketiga di Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 2013 untuk sesuatu yang boleh dibanggakan.

Dengan kehadiran Samassa nyata Sri Pahang kini mempunyai 4 penjaga gol untuk dibawa beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Tiga lagi penjaga gol yang bakal bersaing merebut kesebelasan utama bersama Samassa ialah Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin, Daniel Wafiuddin Sa’dun, dan Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi.

Untuk rekod semasa keempat pemain ini, peluang tentunya bakal menjadi milik Samassa untuk diletakkan dalam kesebelasan utama bagi menggantikan khidmat bekas penjaga gol, Helmi Eliza yang tidak disambung kontrak pada musim ini.

Dengan kehadiran Samassa, Sri Pahang kini sah memenuhi kuota lima pemain import untuk memberi cabaran dalam Liga Super iaitu Mahmoud Za’tara yang beraksi di serangan, Jonathan Martial di posisi pertahanan, Manuel Hidalgo yang dikekalkan musim ini sebagai perancang, serta penyerang dari Laos iaitu Billy Ketkeophomphone selain Samassa yang baru diikat sebentar tadi selaku penjaga gol.

Musim Sri Pahang i turut diperkuatkan dengan dua pemain yang bakal dinaturalisasi iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero selain mengikat pemain kacukan Australia-Malaysia, David Rowley yang bakal memperkuatkan barisan tengah setelah cemerlang bersama Penang musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN