‘Sama Seperti Dakwaan TMJ’ – Kisah Messi Pakai Selipar Dan Enggan Beraksi Menentang Malaysia

Melalui sidang media di ibu negara pada hari ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut mendedahkan bekas bintang Barcelona, Lionel Messi pernah menolak untuk turun beraksi menentang Malaysia ketika kelab Catalonia itu berkunjung ke negara ini pada 2013.

Jika ada yang masih ingat, Messi yang turut hadir ke Kuala Lumpur pada ketika itu hanya duduk di bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan.

Messi sekadar pakai selipar

Anehnya, nama beliau turut tersenarai di dalam barisan pemain simpanan dan beliau juga memakai pakaian yang sama sebagaimana seorang pemain simpanan seharusnya berpakaian – kecuali pilihan kasut yang berlainan.

Menurut artikel oleh Goal pada ketika itu, ia menjadi tanda tanya besar mengapa Messi hanya memakai selipar!

Sumber: mistahfong.com. Messi aktif berlatih di SNBJ pada Jumaat, sehari sebelum perlawanan,

Barcelona mengumumkan di laman sesawang rasmi kelab bahawa Messi tidak akan beraksi menentang Malaysia pada jam 8:46pm. Untuk mereka yang tidak tahu, sepak mula perlawanan adalah pada pukul 8:45pm. Timbul pertanyaan.

Sekiranya Messi mengalami kecederaan pangkal paha seperti yang didakwa ketika latihan terakhir pada Jumaat sebelumnya, mengapakah Barcelona hanya mengumumkan kecederaan tersebut sebelum sepak mula perlawanan?

Sumber: The Star. Messi sekadar memanaskan bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan.

Hanya ada dua teori yang boleh digunapakai di sini. Pertama, Messi sememangnya mengalami kecederaan. Tetapi ia tidak didedahkan untuk membenarkan penjualan tiket perlawanan dijual sebanyak mungkin.

Kedua, Messi sememangnya enggan beraksi dalam perlawanan ini. Hanya pihak kejurulatihan dan pengurusan Barcelona yang mengetahuinya, selain daripada penganjur perlawanan.

Sama seperti dakwaan TMJ

Hari ini TMJ mendedahkan sebab sebenar kejadian yang berlaku kira-kira sembilan tahun lalu itu.

Messi yang masih bersama Barcelona pada ketika itu menolak untuk turun beraksi disebabkan keadaan padang permukaan padang yang memberi risiko kepada kecederaan.

Walaupun perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Shah Alam, ia tiada perbezaan kerana Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil mengalami masalah padang yang sama pada ketika itu.

“Saya rasa awak semua sedia maklum apabila satu peristiwa di mana Barcelona ke mari [Kuala Lumpur], Lionel Messi pemain terbaik dunia tak nak main oleh kerana kualiti padang.

Sumber: JST

“Itu adalah satu tamparan hebat kepada kita pada masa itu, dan sepatutnya dah ada wake up call untuk tukar kualiti padang,” dedah TMJ.

Bagi TMJ perkara itu tidak sepatutnya berlaku, dan kualiti padang di SNBJ dan stadium-stadium utama yang lain di seluruh negara seharusnya dipertingkatkan untuk memastikan ianya sesuai dengan kualiti dan keperluan semasa bola sepak moden.

Penyesalan Messi?

Melalui satu laporan The Star selepas itu, Messi dikatakan menyesal tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Malaysia kerana kecederaan yang dialaminya.

Tiada siapa boleh menyalahkan beliau kerana kualiti padang yang ada di stadium utama di negara ini.

Mungkin beberapa pihak sudah maklum akan kejadian sebenar mengapa Messi tidak turun beraksi dalam perlawanan menentang Malaysia itu.

Perkongsian TMJ pada hari ini pula sekadar mengesahkan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN