Sam Allardyce Sedia Saman England FA Setahun Selepas Dipecat

Sam Allardyce telah dipecat sebagai pengurus skuad kebangsan England selepas hanya 1 perlawanan pada September tahun lalu. Pemecatan tersebut tiba selepas akhbar Telegraph mendedahkan satu rakaman video yang melibatkan Allardyce.

Rakaman video berkenaan menunjukkan Allardyce secara terbuka mendedahkan kaedah untuk melanggar peraturan berkenaan hak pemilikan pemain daripada pihak ketiga.

(Photo by Paul Harding/PA Images via Getty Images)

Sam Allardyce terus dilepaskan daripada jawatannya bersama England pada 27 September tahun lalu, namun kini tampil untuk menuntut kembali haknya.

Pihak Daily Mail mendakwa pasukan perundangan yang mewakili Allardyce telah menghantar sepucuk surat kepada pengerusi England FA, Greg Clarke dan juga pegawai eksekutif badan bola sepak berkenaan, Martin Glenn untuk tujuan saman.

Sebab utama pihak FA memecat Allardyce pada tahun lalu ialah kerana bekas pengurus Crystal Palace dan Bolton itu berbincang prihal pemilikan pemain oleh pihak ke-3 dengan seorang wartawan yang menyamar sebagai seorang usahawan.

Namun selepas melakukan semakan kembali ke atas transkrip perbualan dan 2 perjumpaan yang dipersoal dan dijadikan sebab utama pemecatan beliau, Allardyce dan barisan peguamnya mempunyai pendapat yang berbeza.

Antara rakaman akhbar Telegraph

Pengurus berusia 62 tahun itu mempersoalkan keseluruhan proses pemecatan oleh pihak FA hanya selepas 67 hari dilantik ke jawatan tersebut.

Allardyce turut tidak gembira kerana tidak diberikan masa untuk mengemukakan bukti. Untuk rekod, Allardyce dipecat serta merta dalam tempoh kurang 24 jan selepas pendedahan tersebut disiarkan oleh akhbar Telegraph.

(Photo by Ashley Western – CameraSport via Getty Images)

Sam Allardyce kembali menjadi pengurus kepada Crystal Palace selepas pemecatannya oleh England FA, berjaya mengemudi kelab tersebut untuk kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun demikian, Allardyce mengejutkan penyokong Palace apabila mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada akhir musim. Keputusan tersebut adalah untuk membenarkan beliau meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Sumber:

1. Matt Lawton, Daily Mail (2017): Sam Allardyce to sue the FA after chiefs did not wait for the facts before axing him as England manager; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4945798/Sam-Allardyce-sue-FA-England-sacking.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN