Sam Allardyce Dipecat Oleh Everton Selepas 6 Bulan Kendalikan Kelab Itu

Pengurusan kelab Everton membuat keputusan untuk memecat pengurus kelab itu, Sam Allardyce hanya selepas enam bulan mengendalikan kelab berkenaan yang menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di kelompok pertengahan musim ini.

Bekas pengurus skuad kebangsaan England berusia 63 tahun itu dilantik bagi menggantikan Ronald Koeman pada November dan sekalipun berjaya mengeluarkan kelab itu dari zon bahaya, gaya pengurusannya tidak digemari peminat.

https://twitter.com/Sporf/status/996735190419505153

“Kami sudah membuat keputusan, sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang, kami akan melantik pengurus baharu pada musim panas ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif baharu Everton, Denise Barrett-Baxendale.

“Bagi pihak pengerusi, lembaga pengarah dan juga En Moshiri, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Sam atas apa yang sudah dilakukannya di Everton.

“Sam dibawa pada tempoh yang mencabar pada musim lalu dan memberikan kami sedikit kestabilan dan kami bersyukur dia dapat melakukannya.”

Bekas pengurus Watford dan Hull City, Marco Silva dilihat sebagai calon pilihan untuk menggantikan tugas Allardyce selepas Everton gagal memancingnya keluar dari Vicarage Road enam bulan lalu.

Sekalipun menandatangani kontrak selama 18 bulan, masa depan Allardyce tampak kelam selepas kekalahan 1-3 kepada bekas kelabnya, West Ham yang menyaksikan penyokong Everton menggesa supaya beliau dipecat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN