Salomon Kalou Hampakan Bayern Munich!

Bayern Munich sekali lagi gagal mencipta kemenangan selepas 3 perlawanan. Ini adalah kali kedua berturut-turut Bayern Munich gagal menang dalam perlawanan Bundesliga.

Lebih perit, ia juga perlawanan kedua berturut-turut lawan mereka bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menyamakan kedudukan.

Bayern Munich mendahului menerusi tandukan Hummels hasil hantaran oleh Jerome Boateng. Pada minit ke-16 Hertha Berlin dihadiahkan sepakan penalti, namun ditarik balik selepas pengadilan VAR.

Bersambung babak ke-2, Bayern Munich menambah satu lagi gol menerusi penyerang sensasi, Robert Lewandowsi. Segalanya nampak baik untuk Bayern Munich yang baru memecat Carlo Ancelotti dan diuruskan interim Willy Sagnol.

Namun pasukan tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi Duda selepas aksi individu cemerlang Haraguchi pada minit ke-51.

5 minit kemudian, bekas penyerang Chelsea, Salomon Kalou meyamakan kedudukan. Pada minit ke-65, Ribery terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Bayern Munich melakukan apa sahaja untuk menang perlawanan ini namun mereka gagal. Pemain seperti Javi Martinez bermain seperti penyerang no.9 pada separuh masa kedua.

Hertha Berlin lebih berdisplin ketika bertahan dan sekali sekala melancarkan serangan balas ke kubu lawan..

Keputusan seri ini meletakkan Bayern Munich 5 mata di belakang pasukan Borussia Dortmund. Isu pertahanan terus menghantui Bayern Munich musim ini. Mereka sudah melepaskan 7 gol daripada 7 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN