Salford City Yang Dimiliki Sahabat ‘Class of 92’ Dipromosi ke EFL

Salford

Bagi peminat Manchester United terutamanya yang mengenai ‘Class of 92’ sudah pasti mengetahui sebahagian daripada mereka ada memegang saham dalam sebuah kelab bola sepak.

Kelab tersebut ialah Salford City.

Semalam, mereka telah menewaskan Fylde dalam perlawanan akhir play-off National League di Wembley. Salford yang digelar The Ammies menewaskan lawan mereka itu dengan skor 3 gol tanpa balas.

Musim hadapan mereka tidak akan lagi memegang status selaku kelab National League seperti sebelum ini. Salford akan memulakan kehidupan baru di EFL dengan beraksi di EFL League Two.

Detik bersejarah

Emmanuel Dieseruvwe menjaringkan gol pertama Salford pada minit ke-15. Kelebihan satu gol itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Salford terus menggadakan kedudukan dan dua gol menyusul pada minit ke-53 dan minit ke-61. Gol itu disumbangkan masing-masing oleh Carl Piergianni dan Ibou Touray.

Kemenangan itu bermakna kerana Salford bakal beraksi dalam kancah English Football League (EFL) buat kali pertama. Ini bererti, EFL menerima kehadiran muka baru pada musim hadapan.

Riang ria

Co-owners of Salford City, Gary Neville and Phill Neville celebrate after thier side go 2-0 up during the Vanarama National League Play-off Final at Wembley Stadium, London. (Photo by Bradley Collyer/PA Images via Getty Images)

Pada perlawanan semalam yang diadakan di Wembley, Gary dan Phillip Neville serta David Beckham dilihat hadir. Neville mengakui gembira dengan kejayaan bersejarah itu.

Malah, Neville mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang membantu Salford dalam mencipta sejarah.

Neville turut menceritakan bahawa musim ini musim yang panjang buat Salford. Salford telah diramalkan menjuarai National League oleh beberapa pihak.

Ryan Giggs yang turut hadir juga mengucapkan tahniah kepada pasukan tersebut.

Gembira

Nampaknya pelaburan 6 sahabat daripada ‘Class of 92’ ini ternyata berbaloi. Adik beradik Neville, Nicky Butt, Paul Scholes dan Ryan Giggs terlebih dahulu membeli saham Salford City pada 2014.

Mereka bekerjasama dengan Peter Lim, jutawan dari Singapura yang memiliki 50% saham. Pada Januari lalu, David Beckham pula membeli 10% pegangan saham daripada Peter Lim.

Satu pujian terhadap mereka berenam ini sanggup membuat pelaburan demi kelangsungan bola sepak di tanah air mereka sendiri. Selain itu, Manchester United boleh memberikan pinjaman pemain kepada Salford City.

Maklumlah pemiliknya pun mantan pemain!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN