Salah, Van Dijk Cergas Untuk Aksi Liverpool Menentang Huddersfield

Mohamed Salah dan Virgil van Dijk dijangka cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Huddersfield pada Sabtu ini untuk Liverpool.

Menurut satu sumber dalaman kepada ESPN, seorang lagi pemain yang mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa, Naby Keita terpaksa disisihkan selama dua minggu akibat kecederaan harmstring yang dialaminya.

LIVERPOOL, ENGLAND – OCTOBER 18:(THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Mohamed Salah and Virgil van Dijk of Liverpool during a training session at Melwood Training Ground on October 18, 2018 in Liverpool, England. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Salah dan Van Dijk sebelum itu terpaksa menarik diri dari tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing lebih awal selepas kegusaran membabitkan kecederaan yang dialami oleh kedua-dua pemain itu.

Bagaimanapun kelibat Salah dan Van Dijk dilihat bersama-sama skuad utama Liverpool dalams sesi latihan di Melwood pada tengah hari Khamis.

Status penyerang Liverpool, Sadio Mane bagaimanapun masih lagi samar selepas pemain itu menjalani pembedahan akibat retak ibu jari; kecedraan yang dialami ketika beraksi bersama Senegal.

Keita
(Photo by Francesco Pecoraro/Getty Images)

Mane tidak menyertai latihan skuad Liverpool kendalian Jurgen Klopp baru-baru ini.

Timbul kegusaran sebelum ini mengenai status Salah Sebelum ini selepas beliau dikeluarkan pada minit akhir perlawanan kerana kecederaan di pangkal paha.

Manakala Van Dijk bergelut dengan kecederaan patah tulang rusuk sejak beberapa minggi lalu, sebelum dikecualikan oleh pengurus Belanda, Ronald Koeman daripada aksi persahabatan menentang Belgium.

James Milner turut kelihatan hadir di dalam sesi latihan selepas laporan kecederaan harmstring yang dialami beliau dalam perlawanan menentang Manchester City sebelum bermulanya kalendar antarabangsa.

Salah dan Van Dijk telah menjalani rawatan susulan di Melwood sebelum disahkan cergas untuk perlawanan menentang Huddersfield yang memburu kemenangan selepas terperosok di tangga ke-18 liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN