Salah Tolak Tawaran Villa Mewah Daripada Jutawan Mesir

Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah menolak tawaran sebuah villa mewah daripada seorang jutawan Mesir kerana kerja kerasnya membantu Mesir layak ke Piala Dunia di Russia tahun depan sebaliknya beliau mahu villa mewah itu didermakan kepada sebuah kampung halamannya yang dikenali sebagai Nagrig.

Sumber daripada sebuah laman web sukan mesir, yallakora.com berkata, Salah dihubungi oleh Mamdouh Abbas, bekas presiden kelab Zamalek selepas kemenangan dramatik 2-1 ke atas pasukan Congo awal bulan ini.

Abbas mahu Salah memiliki villa mewah tersebut sebagai hadiah pengiktirafan di atas kejayaan membawa Mesir layak ke Piala Dunia sejak tahun 1990.

Walaubagaimanapun, pemain yang berusia 25 tahun itu menolak secara baik dan memohon agar villa itu didermakan kepada kampung Nagrig di wilayah Gharbiya yang terletak kira-kira 150km dari bandar Cairo. Beliau lebih bahagia dan gembira jika jutawan itu memenuhi permintaanya.

Salah kini dianggap sebagai wira negara di Mesir selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti di minit 94 ketika menentang Congo di Stadium Borg El Arab.

Kerajaan Gharbiya telah menamakan bekas sekolahnya di Basioun sebagai “Mohamed Salah Industrial High School”. Pusat belia Nagrig juga ditukar dengan namanya sebagai penghormatan.

Beliau membuktikan Liverpool membuat pembelian yang berbaloi dengan nilai perpindahan £36.9 juta daripada AS Roma ketika musim panas yang lalu. Salah kini merupakan penjaring terbanyak Liverpool dengan 8 gol dalam 13 penampilan.

Beliau juga merangkul anugerah pemain terbaik bulanan dan gol terbaik bulanan pada bulan Ogos dan September. 2 gol beliau ketika menentang Maribor minggu ini telah menyebabkan beliau disenaraikan dalam calon pemain terbaik mingguan UEFA Champions League.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN