Mohamed Salah akhirnya menjaringkan hatrik pertama beliau bersama Liverpool. Sekaligus menjadi pemain Mesir pertama melakukan hatrik di EPL.
Beliau juga menjadi pemain Liverpool pertama menjaringkan hatrik selepas Suarez pada 2014. Lebih manis beliau menambah 1 lagi gol untuk menjaringkan 4 gol di Anfield.
Salah menjadi pemain pertama menjaringkan 4 gol dengan 4 percubaan di Anfield selepas Arshaavin pada 2009. Salah juga menjadi pemain Liverpool ke-4 menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan EPL selepas Fowler, Owen dan Suarez.
Salah memulakan malam cemerlang beliau dengan menewaskan pertahanan lawan dari sebelah kanan dan melakukan percubaan terus.
Sebelum rehat Mohamed Salah menyempurnakan hantaran Andy Robertson dari jarak dekat. Bersambung babak kedua, Salah mecipta bantuan gol untuk Roberto Firmino yang menjaringkan gol dengan ‘flick’ ke belakang.
Beliau kemudian menjaringkan 2 lagi gol pada 13 minit terakhir perlawanan untuk memastikan dia membawa pulang bola perlawanan.
Ini meletakkan Salah dengan 28 gol dalam EPL musim ini dan seterusnya dengan 36 gol untuk semua pertandingan. Beliau sudah memecahkan rekod Fernando Torres dengan 33 gol semusim di Anfield.
"I have to thank every one of my teammates, without them I couldn't have reached these numbers."
A humble Mohamed Salah reacts to his four-goal haul against Watford 👉 https://t.co/x30Epiu7nE pic.twitter.com/TNIGCMR7B9
— Liverpool FC (@LFC) March 17, 2018
Kemenanan ini membuka jurang mata di antara Liverpool dan Chelsea kepada 7 mata. Liverpool juga kekal tak kalah dalam EPL di Anfield musim ini.
Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut oleh Watford yang hanya dibezakan 8 mata daripada zon penyingkiran.