Arsenal meneruskan kecemerlangan mereka selepas kehilangan pemain bintang mereka Alexis Sanchez.
Chelsea terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-7 menerusi Eden Hazard. Arsenal menyamakan kedudukan selepas Rudiger tertampan masuk bola ke gawang sendiri hanya 5 minit selepas gol Hazard.
Tandukan Monreal terkena kepada Alonso dan kemudian ke arah Rudiger terus ke gawang gol.
Gol kemenangan Arsenal adalah menerusi Granit Xhaka pada minit ke-70. Chelsea tewas 2-1 di tangan Arsenal.
Pemain tengah baru mereka, Ross Barkley melakukan debut dalam perlawanan ini. Namun hanya beberapa minit di padang, beliau terus mendapat kad kuning.
Rekod 13 perlawanan tanpa kalah Chelsea berakhir. Arsenal akan beraksi final ke-8 dalam sejarah kelab mereka dalam Piala Liga. Hanya Liverpool (12) dan Manchester United (9) yang lebih banyak.
Chelsea gagal bermain baik dalam perlawanan ini selepas gol Hazard. Hanya 2 percubaan tepat sepanjang 90 minit mereka bermain.
https://www.youtube.com/watch?v=nG-5ixWeuGQ
https://www.youtube.com/watch?v=1pKTAUhFuf8