Sains & Teknologi: Ini Cara Opta Membekalkan Data Statistik Bola Sepak

Pernahkah anda terfikir bagaimana statistik dalam perlawanan bola sepak dikumpul? Ada 2 pemain besar di dalam industri bola sepak untuk statistik ini iaitu Opta.

Jika anda seorang penggemar statistik dan pengikut setia lama seperti Whoscored dan Squawka, anda pastinya kenal sangat dengan nama Opta ini.

Kini banyak perisian ‘live score’ yang menggunakan data ringkas daripada opta menunjukkan jumlah hantaran dan ‘heatmap’.

Mereka akan mengumpul data yang sangat teliti termasuk hantaran tepat, sentuhan (touches), duel udara yang berjaya, gelecekan berjaya dan banyak lagi.

Kamera sahaja tidak boleh memproses semua statistik ini. Jadi syarikat seperti Opta mengupah ramai pekerja yang terdiri daripada peminat bola sepak yang cakna tentang aspek teknikal dalam bola sepak.

Agak menakjubkan kerana ramai pekerja mereka adalah pekerja separuh masa yang tidak bekerja di hujung minggu pada hari perlawanan.

Pekerja mereka akan mengadap komputer sambil meneliti setiap aksi di dalam perlawanan. Untuk mendapatkan kepastian mereka dengan cekap mengulang semua detik detik tertentu. Misalnya untuk memastikan sama ada ia adalah gelecekan yang berjaya ataupun tidak.

Data ini dimasukkan terus ke dalam pangkalan data mereka dan dalam beberapa minit akan dapat kepada badan penyiar yang membayar perkhimatan mereka. Untuk pengguna telefon pintar, ianya terus ke hujung jari kita semua.

Data inilah yan ditunjukkan di monitor tv untuk dilihat oleh penonton dan diulas oleh pengulas perlawanan.

Apa yang pasti, pekerja-pekerja opta ini memberikan pengalaman menonton bola sepak yang luar biasa berbanding dengan sebelum 2003. Iaitu sebelum adanya opta.

Terdapat sekitar 1,600-2,000 data nombor dijana oleh perisian khas opta. Misalnya pekerja memasukkan Pogba melakukan 1 hantaran panjang tepat kepada Lukaku. Data yang dijana adalah:

– 1 hantaran panjang
– 1 hantaran tepat
– Jumlah hantaran keseluruhan
– Jumlah hantaran tepat/hantaran keseluruhan
– Peratusan hantaran tepat
– Jarak hantaran
– Purata jarak hantaran
– Jumlah hantaran di antara Pogba dan Lukaku
– adakah ia hantaran kunci

..dan banyak lagi jenis data yang dikeluarkan hanya kerana 1 hantaran panjang tersebut.

Paul Pogba sekali lagi mendominasi senarai. Foto: Reuters

Dalam sebuah liga di Eropah yang membayar perkhidmatan Opta, pihak Opta akan menempatkan sekurang-kurangnya 350 pekerja yang kebanyakannya separuh masa untuk menganalisis data semusim dalam liga tersebut.

Dalam satu musim, Opta memproses data lebih 14,000 perlawanan bola sepak dalam semusim melibatkan liga-liga di seluruh dunia termasuk Eropah, Amerika dan kini Asia.

Chinese Super League antara negara Asia pertama setakat ini yang membayar Opta untuk liga mereka.

Opta telah banyak membantu bukan sahaja penonton dan pengulas malah digunakan oleh penganalisis bola sepak dan jurulatih di dalam menilai pemain mereka dan juga potensi pemain yang berada dalam pemantauan mereka.

Penganalisis bola sepak boleh menggunakan data opta untuk berhujah tentang sesuatu pasukan. Misalnya, kenapa Spurs boleh menjadi pesaing liga pada musim lalu.

Mereka juga boleh menjelaskan sama ada sesebuah pasukan tersebut bermain terlalu banyak hantaran tinggi ataupun hantaran lolos.

Seorang pekerja opta, Petitt berkongsi pengalaman beliau yang mula bekerja dengan opta sejak 2001. Ketika itu, opta menggunakan pita VCR. Kini Petitt sudah menjadi pegawai tetap di dalam Opta.

“Saya rindu juga dengan saat kami menggunakan VCR. Lenguh tangan menekan butang ulang semula dan menggunakan pen untuk memasukkan data di dalam kertas.”

Ianya berbeza dengan hari ini apabila tugas mereka lebih mudah dengan komputer dan juga perisian khas yang digunakan untuk mereka menganalisis data dalam perlawanan.

Seorang lagi bekas pekerja Opta, Khalid Hussain yang bekerja di UK berkata:

“Saya suka menganalisis data seperti Barcelona. Saya pernah bekerja menganalisis 10-15 perlawanan dalam seminggu. Tugas saya lebih kepada pasukan Arsenal.”

“Saya pernah bertugas menganalisis 6 perlawanan dalam sehari. Saya pulang ke rumah dalam keadaan teruk sekali.”

Kini Hussain tidak lagi menganalisis perlawanan sebaliknnya beliau suda bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Opta untuk jawatan sepenuh masa.

Dalam pasukan analisis mereka, Opta turut memiliki ramai pekerja wanita. Namun majoritinya sudah pastinya lelaku yang berusia 18-24 tahun.

Pekerja yang mahu bekerja dengan mereka boleh memohon dengan ibu pejabat opta di setiap negara yang ada melanggan perkhidmatan mereka.

Syarat utama sudah pastinya suka menonton perlawanan bola sepak. Kemudian perlu ada pengetahuan yang bagus dalam aspek teknikal bola sepak.

Opta akan memberikan kelas dan latihan berterusan kepada pekerja-pekerja mereka. Calon akan dilatih untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai bola sepak dan koordinasi tangan menggunakan perisian Opta.

Mereka perlu menaip dengan cepat dengan tangan kiri tanpa melihat papan kekunci. Hussain berkata:

“Kami memberi mereka ujian lima jam, dan memilih hanya yang terbaik.”

“Untuk latihan, mereka akan melakukan analisis permainan yang sama berulang kali selama dua atau tiga hari.”

“Jika anda seorang pemain playstation, pada asasnya anda sudah memiliki asas yang baik. Anda harus fikirkan yang jari anda berada di kaki pemain bola sepak.”

“Paling menyeronokan apabila data anda digunakan oleh pemantau bakat.”

Walaupun kini, pesaingan mereka seperti Prozone menggunakan kamera khas yang membantu mereka menjana data pemain secara automatik.

Pihak Prozone menganggap mereka jauh lebih komprehensif dan cepat dalam menghasilkan data secara langsung.

Prozone

Namun Opta percaya data yang mereka mereka hasilkan adalah lebih jitu dengan penganalisis mereka berbanding dengan kamera penjejak yang digunakan oleh Prozone dan juga SportsVU (NBA).

Ini kerana kamera Prozone tidak boleh membezakan beberapa aksi pemain di dalam padang, sama ada pemain sedang melakukan cubaan gol ataupun hantaran yang berjaya ditangkap penjaga gol.

Opta kini menempatkan ramai pekerja yang terdiri daripada jurulatih. Pegawai Opta, Aidan Coonte berkata:

“Orang mahukan analisis. Itu memerlukan set data holistik, yang hanya boleh kami sampaikan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN