Sains Di Sebalik Sarung Kaki Berlubang Danny Rose

Anda tidak tersalah tajuk di atas. Tetapi jika anda menyaksikan perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 membabitkan Belgium dan England pada malam tadi, anda mungkin boleh tersalah sangka.

Sarung kaki yang digunakan oleh Danny Rose telah membuatkan ramai tertanya-tanya.

England melakukan lima perubahan dalam perlawanan terakhir mereka di Rusia dengan melakukan sehingga lima pertukaran.

Danny Rose adalah salah seorang pemain pilihan Gareth Southgate yang memulakan perlawanan. Namun ianya bukan persembahan dan prestasi Rose yang menarik perhatian ramai, tetapi sarung kaki berlubang yang digunakan oleh Danny Rose.

Apakah tujuan Rose melubangkan sarung kakinya sebegitu? Begitu banyak jawapan yang kami perolehi dari media sosial. Antaranya ialah sebagai penghargaan kerana berpeluang bermain di kejohanan ini. Atau adakah kerana ianya tidak pulang bersama England kali ini?

Ianya bukan kerana itu sebenarnya. Tetapi sebab sebenar Rose menggunakan sarung kaki yang berlubang ialah untuk mengelakkan ketegangan otot.

Kaedah yang dipraktikan oleh Rose sebenarnya bukan perkara baharu, dan sering diamalkan oleh pemain bola sepak profesional serata dunia.

Antara yang pernah berbuat demikian ialah Gareth Bale dan juga Kyle Walker. Ketika Gareth Bale mempraktikan kaedah ini, akhbar di Sepanyol, AS merujuk kepada pasukan perubatan profesional untuk mendapatkan pendapat.

Dan menurut pakar perubatan tersebut, tindakan mewujudkan lubang pada sarung kaki sebenarnya memberi lebih banyak impak dari sudut psikologi berbanding fizikal.

“Mengelakan rasa tekanan di otot betis, memberikan kelebihan psikologi kecederaan lama tidak akan berulang. Ia sekaligus memberikan keyakinan kepada pemain agar kecederaan tidak akan terus kembali berulang,” jelas pendapat tersebut.

Di dalam kes Gareth Bale, beliau menyedari dirinya sangat mudah tercedera, lantas berbuat demikian untuk menambah keyakinan. Tanggapan yang sama juga turut diberikan kepada Rose dalam perlawanan pada malam tadi.

Mungkinkah pengeluar pakaian sukan menghasilkan stoking berlubang pada masa hadapan? Kami kumpulkan reaksi netizen dari seluruh dunia mengenai sarung kaki Rose.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN