Sains Di Sebalik Lompatan Melawan Graviti ‘Air Cristiano’ Ronaldo Menentang Sassuolo

Cristiano Ronaldo sekali lagi menampilkan kemampuan manusia luar biasa milik beliau, apabila melonjak tinggi dan terapung ibarat lompatan melawan graviti sebelum menjaringkan gol untuk Juventus dalam perlawanan menentang Sassuolo pada mala tadi.

‘Air Cristiano’, demikianlah beliau dikenali kali ini apabila lonjakan pemain Portugal itu jauh lebih tinggi daripada penjaga gol, Andrea Consigli yang turut menghulurkan tangan untuk cuba menumbuk bola tersebut.

Perebutan bola di udara itu dimenangi oleh Ronaldo yang menjaringkan gol ketiga untuk Juventus melalui lonjakan dan tandukan tersebut untuk mengakhiri perlawanan dengan jaringan 3-1.

Bukan kali pertama

Sassuolo bukanlah mangsa pertama ‘Air Cristiano’ oleh Ronaldo di dalam pertandingan Serie A. Sampdoria, AS Roma, dan Parma turut pernah merasai bisa lonjakan dan tandukan kapten skuad kebangsaan Portugal tersebut.

Ia juga adalah skil yang telah dikuasai oleh Ronaldo sejak sekian lama, sejak beliau bersama Manchester United dan Real Madrid. Namun kini teknik oleh Ronaldo menjadi semakin bertambah baik.

Masihkah anda ingat akan lutut beliau yang hampir mencecah ketinggian Patrice Evra ketika membantu Real Madrid menewaskan Manchester United beberapa musim yang lalu?

Tidak boleh dinafikan, ketinggian lonjakan oleh Ronaldo untuk menanduk bola boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dunia bola sepak saksikan.

Rahsia di sebalik lompatan Ronaldo

Menggunakan ujian biomekanik yang dilakukan oleh University of Chichester pada 2011, keupayaan lompatan oleh Ronaldo dikatakan bersamaan lima kali keupayaan seekor Cheetah.

Menurut Dr. Neal Smith, lompatan Ronaldo kelihatan terapung di udara disebabkan oleh kedua-dua kakinya yang diangkat ke belakang ketika lompatan dilakukan.

Ini membenarkan beliau berada di udara untuk tempoh lebih lama.

Kemampuan melakukan lompatan sebegitu juga turut dikaitkan dengan DNA. Ronaldo dilahirkan dengan otot yang mampu memberi responsif cepat (fast-twitch muscles), yang mampu menjana kepantasan.

Ini tidak bermakna anda sado seperti Ronaldo, maka anda mampu melompat dengan tinggi seperti beliau.

Atlet seperti Ronaldo juga dikaitkan dengan rejim latihan sejak kecil seperti melakukan lompatan dengan membawa bebanan, atau melomat ke atas kotak pada ketinggian tertentu untuk melatih lonjakan dan pendaratan.

Untuk melompat tinggi, seorang atlet juga memerlukan otot betis, bahagian hamstring, den otot paha hadapan yang kuat.

Apabila anda berada di udara, anda juga memerlukan otot perut (abdomen) yang kuat, yang membolehkan anda menggerakkan otot belakang, otot bahu dan leher untuk memimpin (menanduk) bola lebih tinggi.

Pemain seperti Ronaldo menggunakan latihan mengangkat pemberat yang sangat berat dalam beberapa bahagian untuk membangunkan otot-otot ini.

Semasa sesi latihan bh, Ronaldo yang memiliki berat 85kg akan mampu menaikkan berat dengan jumlah yang sama dengan lebih daripada 16 kereta Toyota Prius.

Diet juga memainkan peranan. Patrice Evra pernah berkongsi bagaimana berat dan sukarnya mengikuti rejim pemakanan yang diamalkan oleh Ronaldo.

Atlet seperti Ronaldo akan banyak mengambil makanan berasaskan protein seperti ikan, telur dan daging, Hanya sedikit gula dan karbohidrat digunakan untuk tujuan pengumpulan tenaga yang digunakan ketika latihan.

Ini menjelaskan mengenai laporan perubatan Ronaldo yang membuatkan doktor kagum ketika beliau baru menyertai Juventus.

Badan Cristiano Ronaldo hanya mengandungi 7% lemak dan ianya kurang hampir 3% daripada kandungan lemak dalam badan yang dimiliki oleh atlet sukan profesional di dunia.

Otot (muscle) beliau pula 4% lebih tinggi daripada purata atlet profesional yang lain pada kadar 50%. Ini adalah rumusan daripada perubatan beliau:

Kandungan lemak: 7% (purata atlet profesional pada kadar 10-11%). Komposisi otot: 50% (purata atlet profesional pada kadar 46%)

Rumusan

Tidak semua manusia atau pemain bola sepak mempunyai bakat seperti Cristiano Ronaldo. Apatah lagi displin diri ketika latihan dan dalam aspek penjagaan makanan.

Ia memerlukan banyak pengorbanan peribadi. Tidak hairanlah mengapa pemain seperti beliau dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN