Saingan Piala FA 2022 Ada Potensi Akan Dibatalkan MFL

Badan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) tidak menolak ada potensi saingan bagi Piala FA 2022 akan dibatalkan.

Potensi untuk membatalkan saingan tersebut itu ada atas faktor situasi negara yang agak membimbangkan kerana penyebaran wabak Covid-19.

Peningkatan kes akibat tersebarnya varian Omicron telah menyebabkan beberapa pasukan mengalami peningkatan kes dalam kalangan pemain dan pegawai.

Menurut Ketua Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, pihak sudah bersedia dengan situasi ini dan mereka telah bersedia dengan pelan alternatif.

“MFL sememangnya mempunyai pelan B dan pelan C supaya ada lebih banyak masa untuk mengatur semula jadual [yang terganggu akibat penangguhan perlawanan],” kata Stuart menerusi Astro Awani.

Dalam masa yang sama, Stuart juga mengatakan yang salah satu alternatif yang perlu diambil MFL untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang adalah dengan membatal salah satu kejohanan anjuran mereka.

Dalam situasi ini, kejohanan yang terancam untuk dibatalkan adalah Piala FA.

Untuk rekod, sudah dua musim Piala FA sudah tidak dilangsungkan dengan tahun ini kejohanan itu kembali menemui penyokong.

“Jika kami terpaksa batalkan kejohanan, maka Piala FA akan menjadi mangsa demi memastikan kelancaran saingan liga, Piala Malaysia dan skuad kebangsaan.”

Saingan Piala FA pada musim ini akan memulakan saingan pusingan pertamanya pada minggu hadapan selepas pusingan kelayakan melibatkan beberapa pasukan Liga M3 telah selesai diadakan.

Untuk rekod, Kedah Darul Aman masih lagi menjadi juara bertahan piala tersebut selepas dua tahun kejohanan itu tidak dipertandingkan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN