Saingan Liga Indonesia Kembali Bersambung Tanpa Penyokong

Selepas dua bulan saingan Liga Indonesia terpaksa dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada siasatan tragedi hitam di Stadium Kanjuruhan, kini ianya kembali bersambung bermula semalam.

Ianya pasti memberi kelegaan buat para pengurusan dan pemain kelab yang bertanding, selepas beberapa lama mereka tidak menghadapi sebarang aksi kompetitif.

Menurut Menteri Koordinator Politik Hukum dan HAM (Menkopolhukam) iaitu Mahfud FD, beliau mengesahkan saingan liga tersebut kembali bersambung secara rasmi semalam.

Jelas beliau, saingan tersebut kembali dibenarkan untuk bersambung selepas Tragedi Kanjuruhan yang berlaku sebelum itu memaksa ianya dihentikan untuk memberi laluan bagi pihak berkuasa membuat siasatan.

Walaupun saingan liga kembali bersambung, ianya akan dibuat tanpa kehadiran para penyokong ke stadium dan secara tertutup.

“Saya yang mewakili pemerintah ingin menyampaikan pesanan menerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengenai perjalanan liga selepas dua bulan Tragedi Kanjuruhan berlaku.

“Sebelum ini, pemerintah pernah menghentikan seketika segala aktiviti bola sepak secara rasmi dan sekarang pihak polis sudah pun memastikan segalanya kembali aman dan saingan liga dijalankan tanpa para penyokong,” jelas beliau menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, Zainudin Amali selaku Menteri Pemuda dan Olahraga turut menyatakan segala aksi perlawanan liga bakal berlangsung dengan panduan ketat telah ditetapkan oleh pihak polis.

Ketua Polis, Listyo Sigit turut memberi jaminan pihak mereka tidak akan menggunakan gas pemedih mata serta akan membantu persaingan liga kembali berjalan lancar.

Semalam, beberapa perlawanan Liga 1 Indonesia telah pun kembali berlangsung dengan membabitkan beberapa pasukan dengan diadakan secara tertutup.

Untuk rekod, Tragedi Kanjuruhan yang berlaku sebelum itu telah mengorbankan banyak nyawa dan ianya bermula dengan melibatkan ratusan para penyokong menyerbu masuk padang perlawanan sebaik sahaja wisel penamat sah dibunyikan oleh pengadil bertugas ketika itu.

Tindakan ganas tersebut jelas mendapat perhatian serius pihak polis yang berada di stadium, dan mereka mula untuk mengawal keadaan tersebut daripada perkara lebih buruk terjadi.

Apa yang dilakukan oleh pihak polis ketika itu termasuk menembak gas pemedih mata kepada penyokong yang bertindak ganas di atas padang dan perkara tersebut jelas semakin menyebabkan ianya menjadi semakin kecoh.

Marah dengan tindakan itu, beberapa penyokong bertindak dengan semakin liar apabila kenderaan kenderaan polis turut menjadi mangsa amukan mereka pada malam itu.

Selain melibatkan nyawa, boleh dikatakan segala fasiliti yang disediakan oleh pihak stadium turut mengalami kerosakan setelah dibakar oleh sekelompok besar penyokong Arema FC.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN